Hanya ‘sign’ akujanji setia pada BN dan tidak lompat parti – Khairy
Hanya ‘sign’ akujanji setia pada BN dan tidak lompat parti – Khairy
Calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan dia tidak pernah menandatangani sebarang surat aku janji dengan kepala surat UMNO seperti yang tular baru-baru ini.
Sebaliknya beliau berkata, beliau ada menandatangani surat dengan kepala surat BN selaku calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang ada menyentuh mengenai kesetiaan kepada BN dan tidak akan bertindak lompat parti.
“Kita sign (tanda tangan) aku janji yang ada kaitan dengan logo empat parti (di bawah BN) dan kesetiaan kepada parti atas letterhead BN, itu yang saya tandatangan.
“Tak ada saya tandatangan surat dengan letterhead UMNO yang menyatakan aku janji seperti yang ditularkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan peringkat HSB di Sungai Buloh hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas maklumat yang tular di media sosial mengenai sekeping surat dengan kepala surat UMNO yang memaparkan tandatangan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid serta Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Surat berkenaan mengandungi ikrar calon UMNO dan BN yang memenangi pada PRU15 untuk mencalonkan serta menyokong Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri.
Bagaimanapun, semalam melaporkan Ahmad telah menafikan tentang kewujudan surat tersebut. K Online
Hanya ‘sign’ akujanji setia pada BN dan tidak lompat parti – Khairy
Baca Artikel Menarik:
- Takkan sudah jadi pemimpin berpuluh-puluh tahun tak cukup lagi- Ramlah Adam
- PKR takut dengan Khairy sampai nak tukar calon
- ‘Ribut sementara’, Umno Perlis yakin akar umbi setia pada parti
- A Aida ambil keputusan mengalah
- Pemimpin otai perlu undur, beri laluan muka baharu
- Ustaz Kazim doa cercaan orang ramai diganti pahala
- PN akan calonkan Shahidan di Arau
- Ustaz Kazim tarik diri saat akhir, kekal jadi pendakwah bebas mesra BN
- Mereka digugurkan tak selari dengan akar umbi UMNO – Penganalisis
- 4 pemimpin Friends Of BN diumum sebagai calon
- Saya tak akan beri laluan kepada Annuar – Khlir
- Buang mentaliti warlord, beri peluang muka baharu bertanding
- MIC putuskan tetap bertanding PRU15
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)
Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin
You must be logged in to post a comment.