Gegaran tak dicalonkan biasa sekejap saja – Tok Mat

#PRU15

Gegaran tak dicalonkan biasa sekejap saja – Tok Mat

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan mana-mana pemimpin parti itu yang tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu bersikap berbesar hati.

Jelas beliau, apa yang lebih utama ketika ini adalah untuk memastikan BN menang pada pilihan raya dan diberikan semula mandat untuk mentadbir negara.



“Kepada mereka yang tidak dicalonkan itu berbesar hatilah, beri peluang kepada orang lain yang dahulunya mendukung kita semasa kita dicalonkan atau diberi mandat untuk mewakili parti.

“Ini proses peremajaan parti, proses kita menyaring dan memilih, pemimpin yang telah kita pilih itu mempunyai kelebihan masing-masing bagi mewakili parti dan jika diberi mandat menubuhkan kerajaan,” katanya.

Mohamad yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan berkata demikian kepada pemberita sebelum Majlis Penyerahan Watikah Kepada Calon-Calon Parlimen BN PRU15 Negeri Sembilan di Wisma UMNO di sini hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga calon BN bagi Parlimen Rembau berkata, memang setiap kali pilihan raya pasti akan berlaku apa yang disifatkan beliau sebagai ‘gegaran’ apabila ada yang tidak terpilih sebagai calon mewakili parti.



“Setiap pilihan raya, akan ada gegaran kerana ramai yang mahu melihat calon mereka diberikan tempat, namun selepas beberapa hari ia akan reda.

“Apa yang penting parti yang ambil bahagian dalam pilihan raya, yang menang atau kalah adalah parti , yg boleh tubuhkan kerajaan adalah parti.

“Calon-calon yang dipilih dan disenarai pendek oleh parti itu merupakan wakil parti-parti. Parti yang ambil bahagian, BN bertanding, parti mesti menang dan harapan kita untuk kembali semula diberi mandat rakyat mentadbir negara perlu diterjemahkan dalam masa dua minggu ini,” katanya lagi. K Online

Gegaran tak dicalonkan biasa sekejap saja – Tok Mat




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker