Annuar Musa pesan jangan tutup bilik gerakan teruskan perjuangan untuk kemenangan BN

Annuar Musa

Penyandang ahli parlimen Ketereh, Annuar Musa berkata dia menasihatkan anak didiknya, Marzuani Ardillah Ariffin supaya menerima pencalonan sebagai calon BN di Parlimen Ketereh.

Ini kerana katanya, Marzuani – yang disifatkan sebagai anaknya sendiri – berulangkali meminta pandangannya berhubung pencalonan tersebut.

“Pagi ini anakanda saya Marzuani Ardillah Ariffin, Ketua Puteri Ketereh tanya saya lagi..apa harus dia buat kerana hari ini hari mengisi borang pencalonan.

“Jawapan saya konsisten, teruskan seperti biasa.



“Beliau nak jumpa saya pagi ini, saya katakan, sempurnakan semua urusan dulu,” kata Annuar dalam satu hantaran di Facebooknya.

Annuar adalah antara beberapa penyandang ahli parlimen Umno yang digugurkan sebagai calon bagi pilihan raya umum ke-15 kerana dilihat tidak sehaluan dengan presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.

Susulan itu, Marzuani dinamakan oleh Ahmad Zahid sebagai calon di Ketereh pada majlis pengumuman calon BN baru-baru ini.

Kelmarin Marzuani mengaku dia sebenarnya berada dalam keadaan serba salah untuk menerima tawaran tersebut.



Ketua Puteri Umno Kelantan itu berkata, ini kerana Annuar yang merupakan Ketua Umno Ketereh adalah ketuanya di bahagian manakala Zahid Hamidi pula merupakan ketua partinya.

“Saya rasa sedikit tekanan kerana kita sedia maklum penyandang kerusi Parlimen Ketereh iaitu Tan Sri Annuar Musa merupakan ketua saya.

“Saya rasa serba salah untuk terima tawaran ini daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid kerana dia juga ketua parti,” katanya.

Jangan tutup bilik gerakan



Menurut Annuar, Marzuani sekali bertanya mengenai pendapatkanya sewaktu dipanggil ke majlis pengumuman calon BN di PWTC.

“Beliau minta keputusan saya.Jawapan saya sama juga.. Pergilah, dan terimalah. Alhamdulillah Ketereh tenang,” kata Annuar.

Malah kata Annuar, dia juga berpesan kepada petugas pilihan raya BN di Ketereh supaya tidak mengambil tindakan terburu-buru dengan menutup bilik gerakan BN.

“Begitu juga pesan pada semua petugas Pilihan raya. Jangan gelabah, jangan tutup bilik gerakan, jangan cepat patah semangat, kita ikuti perkembangan dengan sabar dan tabah.



“Setiap perbuatan, mesti didahulukan dengan berfikir panjang.

“Kita ikuti perkembangan dengan tenang. Jangan lebarkan perpecahan, terutama kalangan rakan seperjuangan dan umat Islam.

“Ada kala kita di salahertikan, ada kala kita difitnah dengan fitnah yang memilukan. Namun, kekallah pada kebenaran dan kejujuran,” luahnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker