Kostum Halloween Leona, ‘puntianak pun pakai longgar’

Kostum Halloween Leona, ‘puntianak pun pakai longgar’

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona mengundang kecaman ramai selepas muncul dengan busana mencolok mata sempena sambutan Halloween baru-baru ini.

Menerusi foto yang dikongsi dalam akaun media sosial, pucuk muda berusia 20 tahun itu menggayakan tiga pasang kostum mengikut tema berbeza iaitu sebagai gadis koboi, watak kartun Betty Boop dan pari-pari.



“Halloween disambut meriah, busana mana yang anda paling suka?” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Meninjau dalam ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap penampilan pemilik nama penuh Kasih Iris Leona Hairi Azhar itu.

Bukan sahaja kecaman tetapi terdapat juga memuji kejelitaannya yang kini menyambung pengajian di London, United Kingdom.

“Puntianak lagi pandai berpakaian longgar,” komen netizen.



“Takutnya lihat cara dia berpakaian, semoga diberikan hidayah,” tegur seorang lagi pengguna TikTok.

Lucunya, ada yang meminta Leona menggayakan kostum hantu Asia seperti puntianak atau pocong.

Sebelum ini, dia juga kerap menerima kecaman kerana susulan sering tampil dengan imej mencolok mata. K Online

Kostum Halloween Leona, ‘puntianak pun pakai longgar’




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker