Aminuddin tak gentar berdepan 2 ‘giant’ di Tambun
Aminuddin tak gentar berdepan 2 ‘giant’ di Tambun
Datuk Aminuddin Md Hanafiah yang dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tambun meletakkan keyakinan ‘politik perkhidmatan’ yang diamalkan mampu menyaingi dua ‘giant’ iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dari Perikatan Nasional (PN).
Pengerusi BN Tambun itu berkata, mengakui sebagai calon ‘underdog’, namun percaya terhadap perkhidmatan yang sudah lama diberikan kepada rakyat Tambun.
“Kami sudah lama berkecimpung membantu masyarakat dalam urusan kemasyarakatan. “Jadi, tidak kira sama ada nama yang hadir itu ‘giant’ atau tidak. Dia ‘giant’ tetapi jika menang kamilah ‘giant killer’,” katanya pada sidang media selepas pengumuman calon BN Perak di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita tentang bakal berdepan dua ‘giant killer’ di kerusi Parlimen Tambun.
Justeru, Ketua UMNO Bahagian Tambun itu juga percaya rakyat bijak memilih wakil rakyat yang memberi perkhidmatan berbanding wakil rakyat ‘retorik’.
“Saya rasa kebanyakan orang bercakap tentang wakil rakyat yang memberikan perkhidmatan, ada juga wakil rakyat yang menawarkan ‘retorik’.
“Apa faedahnya kepada rakyat jika mengundi hanya berdasarkan cerita dan tawaran yang kadang-kadang nampak macam meyakinkan tetapi tidak boleh direalisasikan,” katanya.
Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, pada asasnya rakyat akan berbalik kepada perkhidmatan secara berterusan yang ditawarkan wakil rakyat.
“Pada asasnya kita melihat bahawa apabila berlaku banjir kilat, angin ribut dan sebagainya, apa kehendak rakyat? Adakah mereka hendak wakil rakyat yang retorik atau yang turun padang?
“Jadi, pada saya akhirnya masyarakat perlukan wakil rakyat yang memberikan perkhidmatan,” katanya.
Menurutnya, banyak nama besar yang kecundang dalam pilihan raya lalu dan membuktikan perkara itu tidak menjamin kemenangan pada pilihan raya kali ini.
“Sudah semestinya iltizam saya ialah untuk mengembalikan kerusi di kawasan Parlimen kepada BN. Ketiga-tiga calon yang bertanding bagi Parlimen dan dua kerusi DUN di Tambun adalah anak tempatan yang dilahir di sini dan juga sudah memberi khidmat bakti.
“Walaupun kita tewas pada PRU lalu tetapi kita tidak pernah berundur daripada lapangan untuk membantu masyarakat dalam apa jua keadaan sekalipun,” katanya. HM
Aminuddin tak gentar berdepan 2 ‘giant’ di Tambun
Baca Artikel Menarik:
- Takkan sudah jadi pemimpin berpuluh-puluh tahun tak cukup lagi- Ramlah Adam
- PKR takut dengan Khairy sampai nak tukar calon
- ‘Ribut sementara’, Umno Perlis yakin akar umbi setia pada parti
- A Aida ambil keputusan mengalah
- Pemimpin otai perlu undur, beri laluan muka baharu
- Ustaz Kazim doa cercaan orang ramai diganti pahala
- PN akan calonkan Shahidan di Arau
- Ustaz Kazim tarik diri saat akhir, kekal jadi pendakwah bebas mesra BN
- Mereka digugurkan tak selari dengan akar umbi UMNO – Penganalisis
- 4 pemimpin Friends Of BN diumum sebagai calon
- Saya tak akan beri laluan kepada Annuar – Khlir
- Buang mentaliti warlord, beri peluang muka baharu bertanding
- MIC putuskan tetap bertanding PRU15
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)
Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin
You must be logged in to post a comment.