PAS Johor hanya dapat 4 kerusi, Bersatu 20 kerusi

#PRU15

PAS Johor hanya dapat 4 kerusi, Bersatu 20 kerusi

PAS Johor menerima keputusan Perikatan Nasional (PN) untuk parti itu hanya bertanding empat daripada 26 kerusi Parlimen di negeri itu.

Ia berbanding 20 kerusi yang ditandingi PAS ketika bergerak solo pada PRU 2018.

Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussin berkata pengurangan kerusi itu adalah hasil daripada “tolak ansur” dalam kalangan parti komponen dan perkara biasa apabila menganggotai gabungan.

“Bila kita bergabung, umumnya ada ‘give and take’. Maka ada yang kita minta tak dapat, tapi dapat yang lain,” katanya yang juga timbalan pengerusi PN Johor ketika sidang media di ibu pejabat PAS negeri di Johor Bahru hari ini.

Bersatu pula akan bertanding di 20 kerusi Parlimen di Johor, manakala Gerakan di dua kerusi.

Ditanya sama ada PAS Johor berpuas hati dengan agihan itu atau tidak, Abdullah berkata “seperti istilah arab, ‘sami’na wa ata’na’, kami dengar dan kami taat.”

Abdullah yang akan bertanding di Parlimen Muar berkata sukar untuk mendapatkan keputusan yang akan memuaskan hati semua pihak dalam mana-mana gabungan.

“Kami faham (pemimpin PN) tidak dapat puaskan hati semua orang.

“Jadi kalau tanya (tentang puas hati atau tidak), kita reda dan terima keputusan,” katanya lagi.

PAS tidak pernah menang kerusi Parlimen di Johor dan Abdullah berharap PRU15 akan menyaksikan ahli parlimen pertama PAS dari negeri itu.

“Kita harap dapat lahirkan ‘anak sulung’ dan ia boleh jadi ‘kembar atau kembar empat,” katanya.

Selain Abdullah, tiga lagi calon PAS Johor adalah dari latar belakang profesional dan aktivis parti, iaitu timbalan pesuruhjaya negeri Abdul Karim Deraman (P147 – Parit Sulong), Lt.Kol. (B) Mohd Nazari Mokhtar (P155 -Tenggara) dan Zanariyah Abdul Hamid (P149 – Sri Gading). MK

PAS Johor hanya dapat 4 kerusi, Bersatu 20 kerusi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker