Tidak tercalon: Jika benar pejuang ‘otai’, mereka tidak akan sabotaj dan khianat parti

SHAH ALAM – Nama-nama besar yang mungkin tidak dicalonkan mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan perkara biasa, kata bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurutnya, apabila tiba musim pilihan raya, memang akan berlakunya pertukaran individu yang mewakili kawasan berkenaan.

“Bila PRU ini, selalu berlakulah pertukaran. Yang lama bagi baharu. Itu biasa,” katanya kepada Sinar Harian.Mohamed Nazri yang mengumumkan tidak akan bertanding pada PRU15 turut beranggapan nama-nama besar tidak dicalonkan itu masih akan melakukan kerja-kerja mereka.

“Sebagai orang lama dan sebahagian besarnya masih lagi Pengerusi BN kawasan, mereka masih ada tanggungjawab untuk membantu calon-calon. Saya fikir kalau ada yang tidak dicalonkan, mereka akan buat kerja mereka.

“Tidak ada usaha untuk nak menggagalkan calon, sebabnya kita semua ini orang veteran. Pejuang otai. Takkan (nak tengok) parti kita kalah. Saya tidak fikir mereka akan sabotaj. Tak ada,” katanya sambil menambah tidak mengetahui nama-nama besar yang tidak dicalonkan pada PRU15.

Menurutnya, apa yang utama adalah untuk memenangkan BN agar dapat menubuhkan kerajaan selepas PRU15 tanpa perlunya bergabung dengan pihak lain.

“Kita akan kerja keras untuk menangkan (calon dipilih) dan saya rasa begitu juga yang lain-lain.

“Sekalipun mungkin nama tidak ada, mereka akan buat yang terbaik untuk parti. Kita kerja untuk parti,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri juga memaklumkan sudah mempunyai pengganti di Padang Rengas yang dicadangkan olehnya untuk dicalonkan pada PRU15.

“Saya pun di bahagian Padang Rengas sudah ada pengganti. Saya yang cadang dan dipersetujui oleh pucuk pimpinan,” katanya.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker