Razali bakal ‘henjut’ Muhyiddin di Pagoh

#PRU15

 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razali Ibrahim dijangka bertanding di kerusi Parlimen Pagoh pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata sumber rapat dengan parti itu.

Beliau dijangka berentap dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin yang juga penyandang kerusi Parlimen itu.



Selain Muhyiddin, Razali juga akan berdepan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah.

Jumaat lalu Pengerusi PH, Anwar Ibrahim mengumumkan Iskandar daripada PKR sebagai calon gabungan itu di Pagoh.

Menurut sumber itu, Razali akan diumumkan secara rasmi bertanding di Pagoh dalam minggu ini.

“Watikah minggu ini. Razali dipilih bertanding di Pagoh untuk PRU15,” katanya.



Razali yang juga bekas Ahli Parlimen Muar, menang tiga penggal berturut-turut pada PRU11, PRU12 dan PRU13, namun tewas pada PRU14 selepas dikalahkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan majoriti 6,953 atas tiket PKR.

Kerusi Parlimen Pagoh kini disandang Muhyiddin yang menang pada PRU14 dengan majoriti 6,927 undi menewaskan calon PAS dan Umno. FMT

Razali bakal ‘henjut’ Muhyiddin di Pagoh


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?



Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker