Tindakan Shahidan beri kelebihan kepada PAS

#PRU15

Tindakan Shahidan beri kelebihan kepada PAS

ARAU: Perikatan Nasional (PN) melihat penutupan Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Parlimen Arau dan penurunan bendera parti itu selepas penyandang Parlimen berkenaan, Datuk Seri Shahidan Kassim hampir pasti digugurkan daripada senarai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sebagai dinamik politik semasa.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata perkembangan yang berlaku itu adalah disebabkan politik yang dinamik di mana segala-galanya boleh berubah.

“Oleh kerana politik ini dinamik, ia boleh berubah. Jadi, tunggu penamaan calon nanti,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah sempena PRU15 dan merasmikan Bilik Gerakan Utama PN Arau, Utan Kandis, Guar Sanji, di sini, malam tadi.

Ditanya sama ada perkembangan yang berlaku ke atas BN Parlimen Arau itu memberi kelebihan kepada PN, terutama PAS yang dijangka bertanding di kawasan berkenaan, beliau hanya menjawab segala-galanya perlu ditentukan ketika hari penamaan calon nanti.

Terdahulu, Abdul Hadi turut melancarkan Bilik Gerakan Utama PN Arau selepas menyampaikan ceramah yang dihadiri hampir 2,000 orang dari seluruh Perlis dan Kedah.

Turut hadir, pimpinan PN Perlis dari PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), antaranya Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin; Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli; Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) BERSATU Perlis, Abu Bakar Hamzah dan Timbalan Ketua BPN BERSATU Perlis, Izizam Ibrahim.

Semalam, Shahidan dalam satu hantaran di Facebook menulis “Malam ini malam kesedihan teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera sudah diturunkan. Kali pertama dalam sejarah”.

Kenyataan ringkas beliau itu membayangkan bahawa beliau digugurkan daripada bertanding di kerusi Parlimen berkenaan yang sudah dimenanginya selama empat penggal bermula pada PRU 1986, 1990, 2013 dan 2018.

Malah, sebelum itu desas-desus menyatakan beliau adalah antara ahli Parlimen UMNO Perlis yang bakal digugurkan, selain penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin untuk memberi laluan kepada calon muda dan wanita di kawasan masing-masing. BH

Tindakan Shahidan beri kelebihan kepada PAS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker