Promosi PRU-15: Harga tambang kapal terbang turun

 

PETALING JAYA – Harga tambang penerbangan domestik sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menunjukkan trend penurunan sejak ke­belakangan ini.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, pemerhatian terkini suruhanjaya itu pada 25 Oktober lalu menunjukkan kebanyakan tambang penerbangan sepanjang tempoh PRU15 me­nyusut selepas mengalami lonjakan awal berikutan pengumuman tarikh PRU15 sebelum ini.



Katanya, ia merentasi semua syarikat penerbangan bagi laluan udara dalam Semenanjung iaitu sekitar RM185 sehala, manakala purata tambang penerbangan bagi laluan udara di Sabah dan Sarawak ialah RM188.

Bagi tambang laluan udara antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, purata harga yang boleh diperoleh adalah sekitar RM296 sehala.

“Pemerhatian suruhanjaya me­nunjukkan syarikat penerbangan memperkenalkan promosi dan melancarkan diskaun bagi tambang penerbangan bagi memudahkan orang ramai.

“Terdapat juga skim diskaun sedia ada yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan khusus untuk pelajar dan ini dapat membantu pengundi muda untuk balik mengundi.



“Industri penerbangan sudah menunjukkan sokongan bagi memudahkan pengundi menunaikan kewajipan mereka tanpa beban tambang penerbangan yang tinggi,” katanya.

Tambah Saripuddin, MAVCOM juga telah meminta syarikat penerbangan untuk menambah kapasiti bagi laluan udara yang beroperasi semasa tempoh PRU15 untuk memastikan sejumlah penerbangan tersedia ke pelbagai destinasi domestik pada harga yang berpatutan.

“Berdasarkan data yang dikemukakan kepada MAVCOM, se­mua syarikat penerbangan tempatan sudah membuat pe­rancangan untuk menambah pe­nerbangan sempena PRU15 bermula awal November 2022 menggunakan sumber yang sedia ada.

“Penerbangan tambahan yang dirancang termasuk 45 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke lokasi-lokasi terpilih di Semenanjung,” katanya.



Beliau berkata, sebanyak 30 penerbangan tambahan dirancang ke destinasi terpilih di Semenanjung khusus bagi penerba­ngan yang beroperasi dari Subang, manakala sebanyak 68 penerba­ngan tambahan dirancang untuk penerbangan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak

 

 


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?



Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker