Pagi beriman petang kufur

Di akhir zaman, agamalah yang paling murah

Pagi beriman petang kufur

Itulah resam kehidupan. Di mana ada kekayaan pasti ada persaingan.

Ya memang benar! Persaingan itu boleh memajukan namun pada hakikatnya ia amat tidak disukai. Hingga ada kala ia menjadi gurauan. Bagi orang miskin akan bertanya “hari ini hendak makan apa?” Yang senang sedikit, “hari ini hendak makan di mana.” Bila sudah kaya raya pula, “hari ini kita nak makan siapa?”

Di dalam perniagaan tidak boleh ada persaingan yang sama kuat kerana secara dasarnya ia akan kembali kepada hukum hutan iaitu yang lemah dihapuskan dan yang kuat akan terus hidup.

Adakah orang jahat semakin ramai dan yang baik semakin kurang? Memang benar! Sebabnya ada hadis Nabi yang menyebut,

“Sesungguhnya seburuk-buruk manusia adalah orang yang menjadikan kubur-kubur nabi mereka sebagai masjid dan orang-orang inilah yang kiamat berlaku ke atas mereka.”

Malah sebelum itu Nabi s.a.w. bersabda,

“Kiamat tidak akan berlaku melainkan ke atas seburuk-buruk manusia.”

Disambung pula dengan satu hadis lain,

“Kiamat tidak akan terjadi sehingga di muka bumi tidak terdengar lagi ucapan Allah, Allah.”

Ketika itu orang sudah tidak lagi memberikan harganya pada agama sehingga Rasulullah bersabda,

“Akan berlaku fitnah. Fitnah akhir zaman itu apabila datang ia seperti malam yang gelap.”

Mengapa ia seperti cebisan potongan malam yang gelap? Ia boleh dijelaskan begini. Apabila datangnya malam adakah akan timbulnya cahaya selepas itu. Tentunya tidak! Selepas terbenamnya matahari maka hari akan merangkak menjadi malam, semakin malam maka akan menjadi makin gelap dan gelap akhirnya tidak nampak apa-apa lagi.

Itu menunjukkan fitnah datang bertubi-tubi hingga tidak dapat dihindari lagi hingga tidak boleh membezakan antara yang benar dan batil. Ini memberi gambaran apabila fitnah datang sedikit dan ia tidak akan berhenti hingga fitnah demi fitnah yang bersambung-sambung tanpa ada penghujungnya, akhirnya ia menjadi semakin banyak. Sebab itulah Nabi s.a.w. bersabda lagi,

“Segerakanlah berbuat amal jangan sampai kau tunggu datangnya zaman fitnah yang pada masa itu kesempatan yang ada pada hari ini sudah tidak ada lagi pada hari tersebut.”

Maka benarlah kata Baginda bahawa fitnah akhir zaman itu bagai cebisan potongan malam yang semakin gelap. Bila Nabi sebut semakin gelap sebenarnya Baginda tidak sebut tentang fitnah dunia. Sabda Rasulullah s.a.w.,

“Waktu pagi seseorang kamu berada di dalam keadaan beriman petangnya kafir. Sebaliknya ada yang petang beriman dan paginya kafir. Dia menjual agamanya untuk tujuan kepentingan dunia”

Di situ dapat disimpulkan bahawa fitnah akhir zaman adalah fitnah agama. Mengapa? Kalau dahulu orang berjuang mempertahankan agama Islam bermati-matian, jihad, tegakkan agama tauhid dan perangi mereka supaya tidak berlaku syirik.

Nampaknya akhir zaman agamalah yang paling murah apabila digambarkan pagi beriman dan petangnya kafir, ini memberikan gambaran sesuatu yang sangat mahal bagi umat terdahulu dalam hal agama.

Jika dahulu orang Islam sanggup mempertahankan agama bermati-matian, pantang apabila disebut murtad dan istilah itu hampir tidak ada. Akhir zaman agamalah yang paling murah kepada manusia sehingga ada yang sanggup menjual agama kerana cebisan kepentingan dunia umpamanya sekadar untuk makan.

Contohnya hari ini begitu mudah, hanya ditawarkan sedikit makanan oleh gerakan Kristian boleh membawa kepada murtad atau setidaknya bersikapliberal. Hanya untuk mendapatkan sedikit makanan dan kuasa mereka sanggup menggadaikan agama.

Orang Islam dahulu amat sensitif pada agama tapi tidak lagi sekarang ini murtad adalah suatu yang amat biasa. Itulah fitnah yang paling besar apabila orang sudah tidak merasai apa-apa tentang agamanya, ia menjadi terlalu murah dan boleh diperdagangkan.

Jangan lihat pada orang awam saja tapi pandang juga pada orang kuat agama, situasinya sama! Jika dahulu orang agama berhabis hartanya untuk kepentingan agama. Tapi yang berlaku pada hari ini mereka menimbun harta dengan agama dan menggunakan agama untuk menjadi kaya. Itulah realiti yang sedang berlaku kini. Wallahu a’lam Utv

Pagi beriman petang kufur


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker