Resepi Roti Bakar Telur Goyang Cheese

Resepi Roti Bakar Telur Goyang Cheese

Bangun pagi lapar tak tahu nak sarapan apa? Jom cuba buat Roti Bakar Telur Goyang Cheese ni. Bahan basic ada kat dapur je.

Yang paling penting, cara membuatnya sangat mudah hanya menggunakan air fryer. Sambil tunggu masak, boleh mandi atau buat kerja lain dulu.



Kalau ada yang nak cuba, jom baca resipi hasil perkongsian dari Qaisara Qisrtina di bawah. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

Roti potong
Telur
Slice cheese
Parsley
Chili flakes
Garlic powder
Lada putih
*perasa boleh ikut kreativiti masing-masing. Apa yang ada dekat dapur.

Cara-caranya:



1. Panaskan air fryer terlebih dahulu selama 3 minit dengan suhu 180°C.
2. Ambil roti. Tekan roti di bahagian tengah menggunakan sudu sehingga berlekuk.
3. Keluarkan bakul air fryer, letakkan roti ke dalamnya.
4. Letakkan sekeping slice cheese di atas roti.
5. Kemudian pecahkan telur ke dalam mangkuk terlebih dahulu dan tuangkan ke atas roti tadi.
6. Taburkan parsley, garlic powder, chili flakes dan lada putih.
7. Roti sedia untuk dibakar dengan suhu 180°C selama 10 minit. Siap! Selamat mencuba.

Mudahkan, boleh la buat selalu, janji jangan malas saja.

Kredit: Qaisara Qistina

Resepi Roti Bakar Telur Goyang Cheese




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS



Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker