Syamsul tetap akan saman Farid Kamil

Melainkan Allah lembutkan hati sempena Ramadan

Syamsul tetap akan saman Farid Kamil

Syamsul tetap akan saman Farid Kamil
Syamsul tetap akan saman Farid Kamil

PENGARAH Syamsul Yusof tetap dengan pendiriannya untuk mengambil tindakan saman terhadap pelakon Farid Kamil.

Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, bagaimanapun tidak menolak keberkatan Ramadan yang sedang disambut umat Islam ketika ini akan melembutkan hatinya untuk melupakan sengketa dengan Farid.

“Kita doakan semua rakan artis yang melalui nasib sama (kes cerai) tetapi yang mana saya nak saman itu tetap jalan.

“Namun saya harap Allah lembutkan hati saya untuk tarik semula (keputusan saman) tapi kita tak tahu lagi,” katanya kepada mStar.

Syamsul tetap akan saman Farid Kamil
Syamsul berharap Allah melembutkan hatinya dalam bulan Ramadan ini untuk menarik balik tindakan terhadap Farid.

Syamsul berkongsi mengenai perkara itu ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi sebutan kes nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.


Baca Artikel Menarik:

Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu sebelum ini memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Farid kerana berkongsi tentang isu keganasan yang dipercayai ditujukan kepadanya.

Sementara itu, mengulas isu melibatkan pelakon Datuk Aaron Aziz, Syamsul berkata, dia sedia untuk bersemuka dengan pelakon asal Singapura itu bagi menyelesaikan kemelut di antara mereka.

“Saya tiada masalah untuk berjumpa. Saya pun enggan komen panjang isu ini. Kalau asling berbalas komen, isu ini tidak akan habis,” ujarnya.

Isu antara Syamsul dan Aaron mula hangat diperkatakan selepad pelakon mendakwa namanya digugurkan dari senarai pelakon filem The Original Gangster.

Syamsul tetap akan saman Farid Kamil
Syamsul juga sedia bersemuka dengan Aaron.

Syamsul sebelum ini menjelaskan masalah kesihatan yang dialami Aaron selain faktor umur dan berat badan pelakon itu menjadi punca dia disingkirkan.


Baca Artikel Menarik:

Fathia nak jadi madu Ira Kazar ke?

 


Dalam perkembangan sama, Syamsul berkata, semua masalah yang berlaku dalam hidupnya ketika ini tidak pernah menggangu komitmen terhadap kariernya sebagai seorang pengarah.

“Apabila berlaku begini, berdepan dengan pelbagai ujian, saya okey sahaja… Alhamdulillah.

“Ia juga tidak menjejaskan kerja saya di lokasi penggambaran cuma sekarang kita sedang berpuasa, jadi saya ambil masa berehat,” jelasnya.

Syamsul tetap akan saman Farid Kamil


Baca Artikel Menarik:

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker