PRU15: Polis Pulau Pinang kenal pasti tiga kawasan panas

GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang mengenal pasti sebanyak tiga lokasi panas (hot spot) di negeri ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tiga kawasan Parlimen tersebut adalah Permatang Pauh, Batu Kawan dan Balik Pulau.

Menurutnya, ketiga-tiga lokasi tersebut diberi perhatian sebagai hot spot susulan kejadian-kejadian yang berlaku pada PRU14 yang lalu.

“Buat waktu ini, kita mengenal pasti tiga lokasi panas tersebut selepas mengambil kira kejadian yang berlaku pada pilihan raya yang lalu antaranya menahan kereta polis dan kereta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

“Bagaimanapun, setakat ini, hasil risikan yang dijalankan, kita belum menerima sebarang maklumat sama ada akan berlaku lagi perkara seperti yang berlaku dalam PRU14 yang lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, seramai 4,514 anggota dan pegawai polis akan bertugas dalam PRU15 ini.

“Jumlah itu meliputi 73.51 peratus daripada keseluruhan jumlah anggota di Kontinjen Pulau Pinang. Kita telah membahagikan penugasan PRU15 kepada dua skop besar iaitu melibatkan penugasan yang dipohon SPR dan memastikan keselamatan rakyat Pulau Pinang terjamin.

“Di peringkat daerah dan kontinjen telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan perincian penugasan daripada pihak SPR selain kerjasama dengan agensi-agensi lain juga telah disusun di bawah kepimpinan Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, polis akan mengadakan pertemuan dengan semua calon atau wakil calon bagi menjalin hubungan baik.

“Kita juga mengingatkan peraturan serta undang-undang sepanjang tempoh berkempen untuk memastikan perjalanan PRU15 tidak berlaku insiden yang tidak diingini.

“Kami juga memohon bantuan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memaklumkan kepada Kontinjen Pulau Pinang sekiranya terkesan mana-mana laman sesawang atau akaun media sosial yang menyebarkan maklumat palsu atau memprovokasi mana-mana pihak,” katanya.

Beliau turut memohon penyokong parti agar tidak melakukan provokasi yang boleh menyebabkan berlaku insiden pergaduhan dan sebagainya.

“Saya berharap semua pihak terutamanya penyokong parti agar mengawal emosi dan tidak melakukan provokasi sepanjang tempoh berkempen.

“Biarlah pilihan raya ini dijalankan dengan aman tanpa berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kes penipuan menerusi siber dan multimedia di Pulau Pinang sehingga Oktober tahun ini mencatatkan 1,663 kes melibatkan jumlah kerugian RM27.1 juta.

Mohd Shuhaily berkata, jumlah itu menurun jika dibandingkan pada tahun lalu dalam tempoh yang sama.

“Pada tahun lalu (dalam tempoh sama), jumlah kes adalah 2,291 dengan jumlah kerugian RM34.1 juta. Ini menunjukkan kes bagi tahun ini menurun sebanyak 628 kes dengan jumlah kerugian RM6.98 juta.

“Kes terbaharu adalah pada bulan ini yang mana, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM327,000 selepas tertipu dalam pembelian sebuah kereta mewah yang diiklankan dalam Facebook,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker