Cina Kelantan mahu perubahan, pakat sokong BN

 

MACHANG – Pendekatan melalui hebahan dan program yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mampu menarik pengundi khususnya masyarakat Cina di luar bandar yang rata-ratanya mahu perubahan di negeri Kelantan.

Pengerusi Perhubungan MCA Kelantan, Chua Hock Kuan berkata, masyarakat Cina sebenarnya mahukan kerajaan yang mampu menjaga hak dan kebajikan mereka sebagai golongan minoriti yang turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi di negeri itu.



“Mereka sekarang sudah boleh berfikir dengan waras kerana sudah melalui zaman pentadbiran di bawah Pakatan Harapan (PH). Bila mereka sendiri lihat, maka mereka juga akan ingat dan ambil iktibar.

“Selain itu, sokongan masyarakat Cina di Kelantan kepada BN boleh dikatakan tinggi kerana golongan ini sering bergaul dengan penduduk tempatan yang kebanyakannya adalah Melayu.

“Jadi mereka dapat perkhabaran dan penerangan yang jelas selain menyertai program-program yang dianjurkan oleh BN setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Kelantan di Labok di sini pada Isnin.

Tambahnya, sudah tiba masa rakyat berfikir dan menilai pemerintahan kerajaan Pas di negeri Kelantan yang telah mentadbir selama 32 tahun tetapi masih dibelenggu pelbagai masalah termasuklah masalah air yang belum diselesaikan.




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman



Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker