Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Dr Mahathir Mohamad berkata Gerakan Tanah Air (GTA) pimpinannya sedia bekerjasama dengan Muhyiddin Yassin sebelum ini atas anggapan pemimpin Bersatu itu sudah “bertaubat”.

“Saya cuba bersangka baik bahawa setelah dijatuh dan dihina oleh Umno, dia taubat atau merasa kesal dengan perbuatannya.

“Dia khianat kepada saya tidak mengapa. Saya sangka dia akan cuba tebus khianatnya kepada parti Bersatu sehingga hilang beberapa negeri, dan kepada rakyat keseluruhan.

“Rupanya dia tetap angkuh dan hanya mahu menjadi PM,” katanya.

Sementara itu, dalam rakaman video yang dimuat naik di media sosial sebentar tadi, Mahathir juga berkata, untuk membuktikan siapa pengkhianat bukannya susah.

Salah satu caranya, kata Mahathir, dengan meneliti ungkapan Latin “cui bono”, yang bermakna siapa yang mendapat keuntungan daripada sesuatu keadaan.

“Siapa yang jadi perdana menteri pintu belakang atau tebuk atap? Bukan saya tapi Muhyiddin,” katanya.

Muhyiddin semalam menafikan dia menikam belakang Mahathir yang sebelum ini sama-sama memimpin Bersatu yang diasaskan mereka, melalui Langkah Sheraton.

Muhyiddin antaranya mendakwa Mahathir memulakan gerakan supaya Bersatu keluar PH tetapi membuat pusingan u di saat-saat akhir apabila PH memutuskan terus menyokongnya sebagai perdana menteri.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker