Aktor Lee Ji Han korban tragedi Itaewon

Sambutan Halloween

Aktor Lee Ji Han korban tragedi Itaewon

Pelakon dan bekas peserta program realiti, Produce 101 musim kedua, Lee Ji Han, 24, dilaporkan antara korban tragedi Halloween di Itaewon, Seoul, Korea Selatan, Sabtu lalu.

Agensinya, 935 Entertainment mengesahkan kematian pelakon drama web, Today Was Another Nam Hyun Day itu dalam satu kenyataan, semalam.



“Ia benar bahawa Ji Han meninggal dunia dalam tragedi Halloween di Itaewon pada 29 Oktober lalu.

“Kami berharap perkara ini tidak benar dan sangat terkejut mendapat berita ini. Semoga mendiang berehat dengan tenang,” katanya.

Agensi dilaporkan berkata, Ji Han adalah sebahagian keluarga yang berharga dan menjadi bintang di langit.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Ji Han yang amat sedih dengan berita tragis ini.



“Mereka yang menyayangi Ji Han meratapi kematiannya. Kami masih ingat Ji Han sentiasa tersenyum lebar dan menyapa orang ramai dengan penuh semangat.

“Beliau seorang yang cerdas dan murni. Kami seperti tidak percaya tidak akan melihatnya lagi,” kata wakil agensi.

Mengikut laporan, Ji Han baru sahaja selesai penggambaran drama percintaan fantasi yang belum diumumkan tajuk terbitan MBC, bulan lalu.

Berita kematian aktor berkenaan mula tersebar apabila beberapa rakan dari program Produce 101 musim kedua, iaitu Park Hee Seok, Kim Do Hyun dan Cho Jin Hyung berkongsi kesedihan dalam Instagram.



“Ji Han meninggal dunia dan pergi ke tempat yang lebih selesa. Kami mohon anda mengucapkan selamat jalan buat kali terakhir untuknya,” tulis mereka.

Upacara penghormatan Ji Han dilaporkan akan diadakan di Hospital Myeongji hari ini, manakala majlis pengebumian akan berlangsung esok.

Ji Han mula menjadi perhatian sebagai peserta program Produce 101 musim kedua pada 2017. Beliau membuat penampilan pertama sebagai pelakon dalam drama web, Today Was Another Nam Hyun Day pada 2019.

Terdahulu, 151 terbunuh, manakala 156 lain cedera dalam rempuhan maut di Itaewon selepas sekumpulan besar anak muda yang menyambut pesta Halloween terperangkap dan tersepit di lorong sempit. BH



Aktor Lee Ji Han korban tragedi Itaewon


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman



Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker