Suami isteri disiasat cuai biarkan anak main di balkoni
Suami isteri disiasat cuai biarkan anak main di balkoni
Sepasang suami isteri disiasat atas kecuaian berhubung kejadian dua kanak-kanak yang dibiarkan bermain di tepi balkoni tingkap sebuah unit kondominium di ibu negara semalam.
Ketua Polis Wangsa Maju Ashari Abu Samah berkata, ibu bapa kepada kanak-kanak berusia empat dan dua tahun itu dipanggil memberi keterangan dan dibenarkan pulang malam tadi.
“Pegawai penyiasat akan melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk ke timbalan pendakwa raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sebuah video berdurasi 10 saat menunjukkan kejadian yang berlaku di kondominium di Jalan Langkawi, Taman Setapak, dikesan dimuat naik oleh pemilik Facebook Reff Lia pada 4 petang.
“Hasil siasatan mendapati ketika kejadian ibu bapa mangsa berada di dalam rumah dan tidak menyedari kejadian berlaku,” kata Ashari.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001), jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya. FMT
Suami isteri disiasat cuai biarkan anak main di balkoni
Baca Artikel Menarik:
- Lagi kuari dengan kaitan kerabat raja, politik di Selangor
- Pesakit cabut lari gara-gara insurans tak ‘cover’a>
- PH Jaja Konsep Integriti, Diam Membisu Isu Tommy Thomas – Asyraf
- Sejarah panjang Mahathir dan badan kehakiman
- Kenapa program Syed Saddiq sahaja yang kena kacau?
- Perjuangan BERSATU kabur, akar umbi tak dipeduli
- Nelayan bergaduh dengan Coast Guard Singapura
- Ceti samseng dari Singapura
- Mangsa Kemalangan Bermain Game Raih Perhatian Netizen (Video)
- Rakyat tidak akan tertipu lagi dengan drama politik ‘cium mulut’ Mahathir-Anwar
- Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap umum keluar parti, sokong Barisan Nasional
- Haram berlakon solat dalam filem, drama
- Lelaki maut selepas terbabit pergaduhan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.