Sunak dilantik Perdana Menteri baharu Britain, terima titah bentuk kerajaan

Sunak dilantik Perdana Menteri baharu Britain, terima titah bentuk kerajaan

Rishi Sunak, 42, dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri baharu Britain, hari ini, selepas menghadap Raja Charles III di Istana Buckingham dan menerima titah untuk membentuk kerajaan.

Beliau bukan saja menempa sejarah sebagai Perdana Menteri bukan kulit putih yang pertama di Britain, malah merupakan pemimpin termuda menerajui pentadbiran negara ini dalam tempoh lebih 200 tahun.

Terdahulu, Raja Charles III menerima peletakan jawatan itu secara rasmi daripada Liz Truss.

Sunak dijangka memulakan pelantikan anggota Kabinet beliau dengan segera, sekali gus bersiap siaga memfokus tugasan penuh mencabar untuk menangani krisis ekonomi yang menyebabkan jutaan rakyat Britain bergelut menampung kos sara hidup kini.

Selain itu, beliau yang juga Perdana Menteri ketiga daripada Konservatif dalam tempoh tahun ini saja, memikul tanggungjawab berat untuk menyatupadukan semula ahli parti pemerintah berkenaan.

Sementara itu, Truss yang mengumumkan peletakan jawatan pada Khamis lalu selepas hanya beberapa minggu dilantik menduduki jawatan teraju pentadbiran Britain, menyampaikan ucapan terakhirnya di luar 10 Downing Street sebelum meninggalkan pejabat rasmi Perdana Menteri, hari ini.

“Negara kita terus berjuang mengharungi ‘badai ribut’. Namun, saya percaya kepada Britain. Saya percaya kepada rakyat Britain. Saya tahu ‘hari lebih cerah’ sedang menanti di hadapan,” katanya.

Sambil mengucapkan selamat maju jaya kepada Sunak, Truss bagaimanapun menekankan bahawa beliau tetap percaya kepada ideologi rendah cukai bersama pertumbuhan tinggi yang cuba diketengahkan bawah kepimpinannya sebelum ini.

“Sejak menjadi Perdana Menteri lagi, saya berkeyakinan bahawa kita perlu berani dan harus mendepani cabaran yang dihadapi. Ia bukanlah perkara sukar yang menyebabkan kita tidak berani. Sebaliknya, kita tidak berani itulah yang menyebabkan ia sukar,” katanya. BH

Sunak dilantik Perdana Menteri baharu Britain, terima titah bentuk kerajaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker