Rai kemenangan bersama tukang sapu

Rai kemenangan bersama tukang sapu

Brasilia: Menghormati dan menghargai orang lain tanpa mengira kedudukan satu amalan mulia dan itu ditunjukkan kapten kelab Flamengo, Diego Ribas yang meraikan kejayaan menjuarai Copa do Brasil bersama sekumpulan tukang sapu yang membersihkan Stadium Maracana.

Pemain berusia 37 tahun itu yang pernah mencipta nama bersama Werder Bremen dan Wolfsburg di Bundesliga dilaporkan mahu menamatkan karier gemilangnya di Flamego selepas menewaskan Corinthians untuk menjuarai Copa do Brasil.



Namun apa yang dilakukan untuk meraikan kejayaan itu mengagumkan penyokong dan menjadi tular di media sosial.

Bekas pemain tengah Fenerbahce itu turut memanggil pekerja tukang sapu sambil membawa trofi dan bergambar bersama mereka sebagai menghargai kerja dilakukan selama ini dalam memastikan stadium kebanggaan sentiasa bersih dan menarik untuk dikunjungi.

Dalam kenyataan mengenai kemenangan pasukannya selepas perlawanan, Ribas berkata: “Ketika musim ini, kami dapat membuktikan kekuatan kami “Dorival [pengurus] berjaya menggilap yang terbaik daripada kami, kami mempunyai kumpulan yang hebat.” HM

Rai kemenangan bersama tukang sapu




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat



Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker