Pelajar IPT dapat cuti 5 hari untuk mengundi
#PRU15
Pelajar IPT dapat cuti 5 hari untuk mengundi
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju memberi pelepasan selama lima hari bermula 17 Nov ini kepada pelajar untuk pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi pada pilihan raya umum Ke-15 (PRU15).
Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Husaini Omar selepas surat edaran mengenai pelepasan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) untuk pulang mengundi yang ditandatanganinya tular di media sosial hari ini.
Beliau ketika dihubungi hari ini memaklumkan surat berkenaan telah diedarkan kepada semua IPT awam dan swasta, termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti untuk tindakan lanjut.
“Surat tersebut adalah edaran kepada semua IPT bagi memberi pelepasan kepada pelajar untuk mengundi berdasarkan Undi 18. Kenyataan media berhubung perkara ini akan dikeluarkan nanti,” katanya.
Menurut surat bertarikh 21 Okt itu, tempoh pelepasan bermula dari 17 hingga 21 Nov itu mencukupi buat pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik dari lokasi mengundi.
Surat berkenaan turut menyatakan semua kelas dan aktiviti pelajar semasa tempoh tersebut hendaklah ditangguhkan ke tarikh lain.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, dengan penamaan calon ditetapkan pada 5 Nov, manakala pengundian awal pada 15 Nov. FMT
Pelajar IPT dapat cuti 5 hari untuk mengundi
Baca Artikel Menarik:
- Potong gaji gimik politik Anwar
- Tommy serang Najib sejak 2012
- Abang Viva pilih Evanoza jadi suri hati
- Gusar kebangkitan BN, Mahathir jilat ludah kembali mahu berdamai dengan Anwar
- Laporan Zahid Hamidi undur diri adalah tidak benar
- Pengampunan DiRaja Anwar Dibuat Ketika Tiada Peguam Negara Dan Menteri Wilayah
- Saya Tetap Dengan Pendirian Tidak Bertanding Di PRU 15- Nazri
- Wanita berbogel dalam iklan trip memancing ditahan polis
- Kos bina tandas awam sekangkang kera RM8 juta
- Hantu pocong tumpang kenderaan polis kecoh di Rembau
- Amiruddin dulu ‘berjilat’ kini geli sebut nama Azmin Ali
- Pembunuhan Datin, suspek akhirnya didakwa
- Riwayat Politk Husam Musa bakal ditamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk