Parlimen TItiwangsa, 3 figura politik bakal berentap!
PETALING JAYA: Tiga nama besar pemimpin politik dijangka bertembung bagi merebut kerusi Parlimen Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.
Difahamkan, Barisan Nasional (BN) sekali lagi mempertaruhkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di kerusi berkenaan.
Perikatan Nasional (PN) pula bakal meletakkan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagi menggantikan Datuk Seri Rina Harun yang disebut-sebut beralih ke Parlimen Sepang.
Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) tidak mahu ketinggalan dengan hampir pasti mencalonkan Pengarah Komunikasi Amanah yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Khalid yang juga penyandang kerusi Parlimen Shah Alam berkata, tiada keputusan rasmi berhubung kedudukannya di Titiwangsa namun, kemungkinan besar beliau bertanding di kawasan itu.
“Kena tunggu pengumuman, saya di Shah alam sudah tiga penggal dan sudah tiba masanya untuk serah kepada pelapis yang telah sedia dibina. Sama ada saya bertanding di Titiwangsa atau tempat lain, ia ditetapkan nanti.
“Bagaimanapun, ada kemungkinan besar saya di situ (Titiwangsa), pucuk pimpinan (PH) ada minta dan sebut untuk saya ke sana. Saya atau sesiapa sahaja yang pasti calonnya adalah daripada parti Amanah, kerusi itu asalnya milik Amanah.
“Pada PRU14, kita serah kepada Bersatu dan ketika itu Rina yang bertanding dan kita bantu beliau untuk menang. Maka, pada PRU15 kerusi Titiwangsa akan kembali kepada Amanah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Pada PRU14, Rina memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa dengan majoriti 4,139 undi, menewaskan Johari dan calon Pas, Mohamad Noor Mohamad.
Ditanya sama ada PH mampu mengekalkan Parlimen Shah Alam selepas beliau meninggalkan kerusi itu, Khalid berkata, pelapisnya sudah ada di kawasan berkenaan dan PH mampu mengekalkan tradisi di situ.
Mengulas pembahagian kerusi, Khalid berkata, rundingan melibatkan Amanah dan parti komponen dalam PH sudah selesai dan kini hanya tinggal kerusi tertentu untuk ‘rakan’ parti yang berminat sertai pakatan berkenaan. – UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Potong gaji gimik politik Anwar
- Tommy serang Najib sejak 2012
- Abang Viva pilih Evanoza jadi suri hati
- Gusar kebangkitan BN, Mahathir jilat ludah kembali mahu berdamai dengan Anwar
- Laporan Zahid Hamidi undur diri adalah tidak benar
- Pengampunan DiRaja Anwar Dibuat Ketika Tiada Peguam Negara Dan Menteri Wilayah
- Saya Tetap Dengan Pendirian Tidak Bertanding Di PRU 15- Nazri
- Wanita berbogel dalam iklan trip memancing ditahan polis
- Kos bina tandas awam sekangkang kera RM8 juta
- Hantu pocong tumpang kenderaan polis kecoh di Rembau
- Amiruddin dulu ‘berjilat’ kini geli sebut nama Azmin Ali
- Pembunuhan Datin, suspek akhirnya didakwa
- Riwayat Politk Husam Musa bakal ditamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk