Jangan ikut perangai ketam

#PRU15

Jangan ikut perangai ketam

KUALA BERANG: Jangan ikut perangai ketam!

Itu peringatan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya mereka tidak saling menjatuhkan jika mahu parti memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

“Jangan ikut perangai ketam dalam bakul, pijak sesama sendiri dan akhirnya mati disebabkan sikap sendiri,” katanya berucap merasmikan Jentera Pilihan Raya BN Terengganu di Kampung Jenagor, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid; Ketua Wanita, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said.

Pengerusi BN dan Presiden UMNO itu berkata, walaupun BN dan UMNO dianggap kuat, seluruh pimpinan parti perlu ingat pembangkang lebih kuat jika dapat memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan ahli UMNO dan BN.

Ahmad Zahid berkata, semangat kesatuan dan solidariti ahli parti, malah rakyat juga sudah kuat dan mereka mengharapkan BN berjaya menubuhkan kerajaan, terutama menolak ‘katak’ atau wakil rakyat melompat parti yang cuba merosakkan sistem demokrasi.

Kata bekas Timbalan Perdana Menteri, berdasarkan solidariti dan semangat kesatuan di antara pemimpin lama dan baharu, BN yakin mampu merampas lebih banyak kerusi Parlimen pada PRU15, sekali gus menubuhkan kerajaan tanpa perlu bergabung dengan parti lain.

“Kita juga yakin BN Terengganu mampu menyumbang kerusi Parlimen melebihi sasaran ditetapkan pada PRU15, lebih daripada empat kerusi seperti sasaran yang ditetapkan Datuk Seri Ahmad (Said),” katanya. BH

Jangan ikut perangai ketam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker