Diwali, India kenakan hukuman penjara jika bakar mercun

Diwali, India kenakan hukuman penjara jika bakar mercun

NEW DELHI – Orang ramai yang membakar mercun di ibu negara India semasa Diwali akan berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Menteri Alam Sekitar kerana India mengalami tahap pencemaran yang semakin teruk di ibu negara India itu.

New Delhi adalah kota yang paling teruk tercemar di dunia.

September lalu, Kerajaan New Delhi telah mengenakan larangan sepenuhnya terhadap pengeluaran, penjualan dan penggunaan semua jenis mercun sehingga 1 Januari 2023.

Larangan ini telah dikuatkuasakan sejak dua tahun lalu.

Sebelum ini, Kerajaan India telah mengenakan denda 200 rupee (AS$2.41) terhadap mereka yang ditangkap kerana membakar mercun.

Namun, Gopal Rai berkata, sesiapa yang didapati menyimpan atau menjual bunga api akan berdepan denda sehingga 5,000 rupee dan penjara tiga tahun.

Untuk memastikan amaran ini dipatuhi, sebanyak 408 pasukan – terdiri daripada pegawai polis dan pegawai pencemaran dikerah untuk memantau pelaksanaan peraturan itu. MG

Diwali, India kenakan hukuman penjara jika bakar mercun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker