Jangan amal ‘cah keting’ jika tidak tercalon – Ismail
#PRU15
Jangan amal ‘cah keting’ jika tidak tercalon – Ismail
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihati ahli Barisan Nasional (BN) supaya tidak terjebak dengan amalan ‘cah keting’ (sabotaj), jika tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Naib Presiden UMNO itu berkata, mereka yang tidak tercalon, harus menerima keputusan parti dengan hati terbuka dan bukannya terlibat dengan amalan ‘cah keting’, kerana perbuatan itu boleh membuatkan BN kecundang walaupun di kubu sendiri.
“Yang kita bimbang ini ‘cah keting’, kita (BN) bukan tak kuat, tetapi adanya kes-kes cah keting kita kecuncang di tempat sendiri. Kalau selama ini boleh berucap berapi-api korban jiwa raga, buktikan 5hb (Nov)(hari penamaan calon) nanti, kalau tak tercalon tetap sokong parti kita yang bertanding,” katanya ketika berucap pada program Himpunan Solidariti dan Kestabilan dan pelancaran Jentera PRU15 BN Terengganu, di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, dua perkara yang perlu dipegang untuk memastikan BN memenangi semula negeri Terengganu, iaitu mengelak perpecahan dan jentera perlu bekerja kuat.
Beliau juga berharap BN akan merampas semula kerusi Hulu Terengganu, kerana kerusi tersebut pada asalnya merupakan hak BN tetapi ‘dirompak’ oleh penyandang Parlimen tersebut yang melompat parti.
Kerusi Hulu Terengganu sebelum ini disandang oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid atas tiket UMNO, namun beliau meyertai Bersatu selepas PRU14. MG
Jangan amal ‘cah keting’ jika tidak tercalon – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Potong gaji gimik politik Anwar
- Tommy serang Najib sejak 2012
- Abang Viva pilih Evanoza jadi suri hati
- Gusar kebangkitan BN, Mahathir jilat ludah kembali mahu berdamai dengan Anwar
- Laporan Zahid Hamidi undur diri adalah tidak benar
- Pengampunan DiRaja Anwar Dibuat Ketika Tiada Peguam Negara Dan Menteri Wilayah
- Saya Tetap Dengan Pendirian Tidak Bertanding Di PRU 15- Nazri
- Wanita berbogel dalam iklan trip memancing ditahan polis
- Kos bina tandas awam sekangkang kera RM8 juta
- Hantu pocong tumpang kenderaan polis kecoh di Rembau
- Amiruddin dulu ‘berjilat’ kini geli sebut nama Azmin Ali
- Pembunuhan Datin, suspek akhirnya didakwa
- Riwayat Politk Husam Musa bakal ditamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk
You must be logged in to post a comment.