Hukum memakai rambut palsu


Hukum memakai rambut palsu

Masalah rambut gugur adalah masalah yang dialami oleh setiap orang tidak kira sama ada mereka lelaki atau wanita, tua atau muda. Boleh jadi masalah tersebut disebabkan penyakit, keturunan atau penggunaan bahan kimia sehingga apabila rambut gugur ia menjejaskan imej seseorang. Malah ada juga yang berasa malu disebabkan rambut yang mula rontok.

Bagi yang punya kewangan yang kukuh mungkin akan bertemu pakar bagi mengatasi masalah tersebut. Namun ada juga yang mengambil tindakan dengan memakai rambut palsu atau menyambung rambut. Persoalannya bagaimana hukum menyambung rambut dalam Islam?

Dalam hal ini sememangnya terdapat larangan bagi mereka yang menyambung rambut (rambut palsu) dan yang minta disambungkan. Nabi Muhammad s.a.w melaknat orang-orang yang melakukan perbuatan sedemikian. Sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis antaranya daripada Ibnu Umar r.a berkata,



“Nabi Muhammad s.a.w melaknat perempuan yang menyambung rambut dengan rambut yang lain, orang yang meminta sambungkan rambut dan orang yang bertatu.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut jelas menerangkan, menyambung rambut perempuan dengan rambut orang lain atau meminta orang lain menyambungkan rambutnya dengan rambut orang lain adalah haram.

Berdasarkan sebuah kisah seperti yang diriwayatkan Asma r.a.

“Nabi Muhammad s.a.w. mengutuk Washilah dan Mustaushilah.” (HR Bukhari dan Muslim).



Hadis tersebut menerangkan mengenai wanita yang meminta supaya rambutnya disambung dikenali dengan istilah Mustaushilah, dan wanita yang menyambung rambut disebut Washilah. Perbuatan tersebut adalah haram ke atas wanita sekalipun rambutnya memang gugur.

Dalam riwayat lain, Asma’ r.a. menceritakan terdapat seorang wanita berjumpa dengan Rasululluah s.a.w. dengan mengatakan,

“Saya telah menikahkan puteri saya, kemudian ia terkena suatu penyakit sehingga rambutnya gugur, apakah aku boleh menyambung rambutnya? Maka Rasululluah mencela wanita yang menyambung rambutnya dan yang minta disambungkan rambutnya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Dikukuhkan lagi dengan dalil seperti yang diriwayatkan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a. saat musim haji di atas mimbar lalu mengambil sepotong rambut yang sebelumnya ada di tangan pengawalnya lantas berkata,



“Wahai penduduk Madinah di manakah ulama kalian? Aku mendengar Nabi Muhammad s.a.w. melarang hal seperti ini dan Baginda bersabda, “Sesungguhnya telah celaka Bani Israel disebabkan kaum wanita mereka telah mengambil ini.” (HR Bukhari Muslim).

Namun begitu, dibolehkan untuk wanita menyambung rambut dengan benang sutera, kain atau bulu selagi ia tidak menyerupai rambut kerana itu semua tidak termasuk menyambung rambut tetapi dilakukan untuk menghias diri asalkan tidak diperlihatkan di hadapan bukan mahramnya.

Perlu diingat, Islam mensyariatkan bagi lelaki dan wanita berhias di samping menjaga fitrah wanita dan sifat-sifat kewanitaannya. Namun, Islam melarang sesetengah bentuk perhiasan yang terkeluar dari fitrah dan mengubah kejadian Allah yang merupakan antara jalan-jalan syaitan dalam menyesatkan manusia. Firman Allah,

“Dan Aku akan menyuruh mereka (merubah ciptaan Allah) lalu mereka benar-benar merubahnya.” (Surah Al-Nisa’ ayat 119)



Namun begitu, apa yang boleh menjadi amalan seharian untuk penjagaan rambut antaranya:

Sikat dari sebelah kanan kepala. Aisyah r.a. meriwayatkan, “Rasulullah menyenangi mendahulukan bahagian kanan ketika memakai seliparnya, menyikatnya, bersucinya dan pada semua urusannya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Meminyakkan rambut dan basahkan dengan air apabila rambut mulai mengeras. Berdasarkan sabda Nabi s.a.w ketika Baginda melihat seorang lelaki yang mempunyai rambut tidak terurus, “Apakah ia tidak menemukan sesuatu yang dapat mengemaskan rambutnya.” (HR Abu Daud dan Nasa’i)

Jangan membiarkan rambut (selain di kepala) tumbuh melebihi 40 malam. Daripada Anas bin Malik r.a katanya, “Telah ditetapkan waktu untuk kita pada misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan agar jangan dibiarkan lebih dari 40 malam.” (HR Muslim, Abu Daud, Tirmizi Nasa’i dan Ibn Majah) Utv



Hukum memakai rambut palsu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker