Hampir pasti saya tidak dapat kerusi selamat – Khairy

#PRU15

Hampir pasti saya tidak dapat kerusi selamat – Khairy

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, hampir pasti mengenal pasti kerusi parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) namun enggan mendedahkannya sehingga pengumuman dibuat pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, pihaknya sudah dimaklumkan oleh pucuk pimpinan mengenai kerusi terbabit iaitu membabitkan kawasan yang sebelum ini dimenangi parti lawan.

“Hampir sudah pasti saya akan dihantar ke kawasan yang dipegang oleh parti lawan. Hampir pasti saya tidak akan dapat kerusi yang dianggap selamat.

“Kita akan tengok daripada pucuk pimpinan mana kerusi itu. Insya-Allah, saya terima cabaran tersebut demi parti dan tanggungjawab bagi mewakili parti saya di kawasan yang kita kalah (pada PRU-14),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Agihan Perantisiswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan di Seremban 3 di sini, hari ini.

Sebelum ini, timbul pelbagai spekulasi mengenai kerusi parlimen yang akan ditandingi bekas Ketua Pemuda Umno dan penyandang kerusi Parlimen Rembau itu termasuk di Tampin, Port Dickson dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan selain di Alor Setar, Kedah.

Ia susulan beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Rembau memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15.

Khairy bagaimanapun berkata, keputusan mengenai kerusi mana yang akan ditandinginya masih belum diputuskan kerana ia masih dalam perbincangan serta penilaian pucuk pimpinan.

Menurutnya, perbincangan dengan pucuk pimpinan sudah diadakan tapi keputusan masih belum muktamad kerana membabitkan beberapa kerusi.

“Ia juga membabitkan pelbagai negeri dan kawasan, tapi hampir pasti diletakkan di kawasan yang dulunya (BN) kalah dan ada juga kawasan yang suatu ketika dulu (BN) menang.

“Namun, belum muktamad lagi (mengenai kerusi Parlimen Tampin, Kuala Pilah atau Port Dickson). Ada dua tiga kawasan (parlimen) yang sedang dipertimbangkan. Saya serah kepada pucuk pimpinan.

“Ada yang kawasan bahaya dan ada juga yang kurang bahaya. Saya juga sudah diminta beri pandangan mengenai kerusi terbabit dan kita tunggu (pengumuman),” katanya.

Khairy bagaimanapun melahirkan keyakinan untuk memberikan cabaran pada PRU-15.

“Jika kita semua pergi ke kawasan selamat, kita tidak akan dapat membawa agenda kita secara luas, kena juga antara kita sanggup pergi ke kawasan yang sebelum ini tidak menang,” katanya. HM

Hampir pasti saya tidak dapat kerusi selamat – Khairy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker