Beri mandat BN tubuh kerajaan stabil, luluskan Bajet 2023

Beri mandat BN tubuh kerajaan stabil, luluskan Bajet 2023

Rakyat perlu membuat pilihan tepat bagi memastikan kerajaan yang stabil dapat dibentuk, sekali gus membolehkan Bajet 2023 dibentangkan pada 7 Oktober lalu dapat direalisasikan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, peruntukan dicadang dalam Bajet 2023 tidak dapat dibelanjakan sehingga diluluskan oleh kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November nanti.



Katanya, jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat sepenuhnya pada PRU15 untuk menubuhkan kerajaan yang stabil.

“Bajet baru dibentangkan dan belum diluluskan, (ia) masih tak boleh dibelanjakan. Bajet (2023) cantik, orang kampung semua dapat, tetapi oleh kerana belum diluluskan, maka duit tak boleh dibelanjakan lagi.

“Kuasa untuk menggunakan bajet tersebut adalah di tangan tuan-tuan dan puan-puan (rakyat). Pilih pada 19 November nanti (PRU15), tuan-tuan yang akan menentukan bajet itu akan dibentangkan semula dan diluluskan untuk kepentingan tuan-tuan dan puan-puan.

“Tuan-tuan yang akan menentukan bajet itu tidak diluluskan atau pun dipinda atau dibawa bajet baharu,” katanya berucap pada Program Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), di sini hari ini.



Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi KETENGAH, Datuk Seri Ahmad Said.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO turut memberi jaminan segala pembangunan yang diumumkan dalam Bajet 2023 juga akan dilaksanakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat, dengan syarat BN terus mendapat mandat pada PRU15 nanti.

“Bajet ini saya dengan Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz)yang susun.

“Kalau saya diberi peluang sekali lagi untuk mengetuai kerajaan baharu yang terdiri daripada parti kita (BN) dengan ahli Parlimen dan rakan-rakan Kabinet yang baharu, saya bagi jaminan bajet dan segala pembangunan diumumkan, akan dilaksanakan demi kepentingan rakyat,” katanya. BH



Beri mandat BN tubuh kerajaan stabil, luluskan Bajet 2023


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker