6 suspek samun ditangkap
6 suspek samun ditangkap
SIBU: Polis berjaya menahan enam suspek yang dipercayai terbabit dalam kegiatan samun berkumpulan seorang lelaki membabitkan kerugian sekitar RM13,000.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, polis menerima laporan berhubung kes itu yang berlaku di Jalan Khoo Peng Loong di sini pada jam 11.30 malam kelmarin.
“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun cedera di dahi dan dada akibat dipukul menggunakan senjata tumpul oleh sekumpulan lelaki dipercayai warga tempatan.
“Mangsa kerugian telefon bimbit, dokumen peribadi dan wang tunai RM 13,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu, katanya, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu membuat enam tangkapan dan rampasan di lokasi berlainan.
“Enam suspek warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes itu berusia antara 27 hingga 40 tahun telah diberkas.
“Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” tegasnya. BH
6 suspek samun ditangkap
Baca Artikel Menarik:
- Potong gaji gimik politik Anwar
- Tommy serang Najib sejak 2012
- Abang Viva pilih Evanoza jadi suri hati
- Gusar kebangkitan BN, Mahathir jilat ludah kembali mahu berdamai dengan Anwar
- Laporan Zahid Hamidi undur diri adalah tidak benar
- Pengampunan DiRaja Anwar Dibuat Ketika Tiada Peguam Negara Dan Menteri Wilayah
- Saya Tetap Dengan Pendirian Tidak Bertanding Di PRU 15- Nazri
- Wanita berbogel dalam iklan trip memancing ditahan polis
- Kos bina tandas awam sekangkang kera RM8 juta
- Hantu pocong tumpang kenderaan polis kecoh di Rembau
- Amiruddin dulu ‘berjilat’ kini geli sebut nama Azmin Ali
- Pembunuhan Datin, suspek akhirnya didakwa
- Riwayat Politk Husam Musa bakal ditamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk