Fitnah lama PRU berpanjangan, peluk ibu sendiri juga difitnah peluk bukan mahram

Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa dia kini menjadi mangsa fitnah pihak lawan apabila klip video lama ditularkan seolah-olah dia melakukan sesuatu yang salah.

Kata Asyraf Wajdi melalui video berkenaan dia diperlihatkan seolah-olah sedang memeluk wanita bukan mahram.

Sedangkan menurutnya, ketika itu dia memeluk ibu, isteri dan adik-beradik kandungnya sendiri dan kejadian tersebut berlaku pada hari penamaan calon PRU lalu.

“Mereka cuba sedaya upaya memfitnah, mentohmah dan bersungguh-sungguh menyelongkar sebarang salah silap saya.

“Alhamdulillah Allah SWT pelihara saya daripada terlibat dengan sebarang bentuk penyelewengan dan rasuah,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Video dimuat naik Asyraf Wajdi itu ditulis dengan kapsyen “salahkah peluk ibu?”.

Untuk rekod pada PRU14 lalu, Asyraf bertanding atas tiket BN di Parlimen Pasir Puteh, Kelantan.

Bagaimanapun dia tewas kepada calon PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh dari PAS dengan perbezaan 1,360 undi.

Pada 2008, dia bertanding di Parlimen Tumpat dan juga tewas.

Asyraf Wajdi dilantik sebagai senator untuk menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas hal ehwal agama dari 2015 hingga 2018.

Asyraf Wajdi berkata, dia menjadi sasaran fitnah kerana tidak pernah didakwa kerana pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan, kuasa ataupun melakukan sebarang perbuatan tidak berintegriti.

“Sebab itu mereka terus berusaha merosakkan reputasi dengan fitnah dan mencipta persepsi.

“Ingatlah politik fitnah hanya membawa kecelakaan dan bencana kepada diri, masyarakat dan negara,” katanya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker