Bangunan runtuh, 12 keranda tergantung di udara
NAPLES, ITALI – Sekurang-kurangnya 12 keranda dibiar tergantung di udara selepas sebuah binaan empat tingkat yang menempatkan peti tersebut dan kendi abu mayat runtuh di sebuah kawasan perkuburan di Naples, Itali, lapor akhbar Metro UK semalam.
Ia merupakan kejadian kedua pada tahun ini yang melibatkan kawasan perkuburan terbesar di Itali, Poggioreale Monumental Cemetery. Insiden terbaharu itu berlaku pada Isnin lepas.
Beberapa gambar yang dikongsikan di media sosial menunjukkan keranda-keranda tergantung pada kabel yang mengikatnya.
Setakat ini, tidak dinyatakan mengapa columbarium marmar itu runtuh, namun, pengkritik-pengkritik menyalahkan pengurusan selain faktor kerja pembinaan laluan kereta api bawah tanah di lokasi itu serta cuaca hujan.
Siasatan telah dilancarkan dan pihak berkuasa menutup lokasi tersebut Selasa lalu.
“Sebagai pihak berkuasa, kami menguruskan semua formaliti yang diperlukan,” kata Canselor Naples, Vincenzo Santagada.
Pasukan penyiasat juga dikatakan menyoal 20 individu yang didapati terlibat dalam kerja-kerja pembinaan laluan kereta api bawah tanah.
Kawasan perkuburan tersebut mengalami insiden serupa pada 5 Januari lalu, demikian menurut beberapa laporan media tempatan, yang telah memusnahkan lebih 500 buah kubur. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Amanah bincang calonkan Khairuddin
- Raih RM600k dengan game
- Tompokan putih pada lidah petanda awal ‘pembunuh senyap’
- Mereka bukan ahli PKR
- BN tuntut semula Parlimen Tasek Gelugor – Ismail
- Biarkan Sarawak sendiri, GPS ingatkan PN
- Rina abai pengundi Titiwangsa, dakwa penduduk
- Pemimpin akan tukar parti sebelum penamaan calon
- Abaikan PH Yang Bawa Kemusnahan
- GRS bergolak?
- Pas sukar bekerjasama dengan Mahathir seperti Bersatu mahukan – Zuhdi
- Chef Wan dengan Shikin Maembong berdamai
- Farid Kamil sokong Anwar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET