Penunggang motosikal cedera parah tercampak dalam gaung

HULU LANGAT – Seorang lelaki dan wanita tempatan cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta jenis Perodua Axia di Jalan Hulu Langat di sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda Wave terbabit tercampak ke dalam gaung setinggi 6 meter manakala pembonceng terjatuh di atas jalan raya.

“Sebuah jentera bersama anggota dari Balai Bomba Ampang dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.20 tengah hari.



“Anggota bertugas bertindak turun ke bawah membawa pengusung dan peralatan kecemasan dan memberi rawatan awal kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Norazam berkata, mangsa yang tercampak berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, pemandu kereta tidak mengalami kecederaan manakala kedua-dua penunggang dan pembonceng motosikal dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi



Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Nora Danish ‘belanja’ apa tu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker