MCA mahu Liow Tiong Lai tanding di Bentong

#PRU15

MCA mahu Liow Tiong Lai tanding di Bentong

MCA mahu bekas presidennya Liow Tiong Lai bertanding di kerusi Parlimen Bentong untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Ads by

China Press memetik Presiden MCA, Wee Ka Siong sebagai berkata, parti itu sudah membuat keputusan lebih setahun lalu dan masih berpegang padanya.

“Beliau antara calon terbaik untuk bertanding di kerusi Parlimen itu,” katanya.

Liow adalah bekas menteri kesihatan dan pengangkutan. Beliau menjadi Ahli Parlimen Bentong dari 1999 hingga 2018.

Pada pilihan raya umum lalu, beliau kehilangan kerusi itu apabila tewas kepada calon DAP, Wong Tack dengan majoriti lebih 2,000 undi.

Menurut data pemilih dari 2018, Bentong mempunyai kira-kira 67,359 pengundi dengan 47% adalah Melayu dan 42% terdiri kaum Cina.

Wee berkata, Liow masih berdedikasi berkhidmat untuk penduduk Bentong walaupun tewas pada 2018 dan bekas menteri itu sering turun padang membantu penduduk ketika banjir awal tahun ini.

“Ketika Covid-19 melanda, Liow juga aktif membantu penduduk, mengumpul dana dan sumber bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Katanya, Liow mengekalkan hubungan baik dengan persatuan tempatan, NGO dan parti politik lain, dan menambah ramai penduduk mahu beliau mewakili mereka di Parlimen.

“MCA akan memberi sokongan penuh kepada Liow untuk merampas semula Parlimen Bentong supaya beliau boleh melengkapkan perancangannya di sana yang tergendala sebelum ini serta mengembalikan kemajuan Bentong,” katanya.

Minggu lalu, Wong Tack berkata, beliau sedia berdepan Liow lagi pada PRU15. Sekiranya kedua-dua mereka dicalonkan semula, ia akan menjadi kali ketiga mereka bertembung di Bentong.

Pada 2013, Liow menewaskan Wong Tack dengan hanya 379 undi. FMT

MCA mahu Liow Tiong Lai tanding di Bentong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi

Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Nora Danish ‘belanja’ apa tu?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker