Cikgu Fadli digugurkan pertuduhan, bebas tindakan tatatertib

Surat tular

Cikgu Fadli digugurkan pertuduhan, bebas tindakan tatatertib

Tular dalam media sosial mengenai surat daripada Kementerian Pendidikan yang mengesahkan guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Mohd. Fadli Salleh digugurkan kesemua pertuduhan dan dibebaskan daripada tindakan tatatertib.
Advertisement

Surat yang mengandungi dua muka surat itu menyatakan ketiga-tiga pertuduhan terhadap Cikgu Fadli digugurkan setelah Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan membuat pertimbangan dengan teliti menerusi mesyuarat yang diadakan semalam.



Surat yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd. Yusof bagaimanapun tidak dipastikan kesahihannya, namun, tular dan dipetik dalam portal-portal berita tempatan.

Terdahulu, Cikgu Fadli dalam Facebooknya mengumumkan akan membuat siaran langsung mengenai keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan itu pada pukul 8.30 malam ini.

Media sebelum ini melaporkan, Mohd. Fadli mendakwa dirinya berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat daripada Kementerian Pendidikan dipercayai dengan alasan sering menegur berkaitan isu persekolahan.

Antara permasalahan yang dibangkitkan membabitkan silibus ‘kayangan’ tahun 1 terutamanya berkaitan subjek Matematik, jadual padat dan isu beg sekolah berat.



Keputusan Lembaga Tatatertib dipercayai disampaikan kepada Mohd. Fadli melalui ketua jabatan guru Matematik itu sendiri, hari ini.

Ia susulan Lembaga Tatatertib berkenaan bersidang semalam selepas menerima surat representasi yang dikemukakan guru Matematik itu pada 14 Oktober.

Sidang tersebut dibuat selepas Kementerian Pendidikan sebelum ini menyangkal dakwaan Mohd. Fadli sudah dijatuhi hukuman apabila beliau mendakwa berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat. Utusan

Cikgu Fadli digugurkan pertuduhan, bebas tindakan tatatertib




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi



Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Nora Danish ‘belanja’ apa tu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker