Kerajaan Pusat digesa contohi Kedah hapuskan pusat judi

 

kerajaan persekutuan mengikuti langkah kerajaan Kedah yang menghapuskan judi dengan tidak memperbaharui lesen mereka, menjadikan tiada lagi premis perjudian dan loteri beroperasi di negeri itu bermula tahun ini.

Ketuanya Ahmad Yahaya berkata tidak cukup bagi kerajaan persekutuan sekadar menurunkan cabutan khas nombor ramalan daripada 22 kali kepada lapan kali setahun.



“Dewan Ulama PAS ingin menyeru kerajaan persekutuan supaya turut mempunyai tekad politik yang sama. Tidak wajar sekadar berbangga dengan penurunan cabutan undi tetapi premis judi masih dibiarkan membelenggu masyarakat di negara ini.

“Dewan Ulama PAS yakin dan percaya bahawa tidak ada dapatan yang menunjukkan aktiviti perjudian boleh membawa masyarakat keluar daripada kepompong kemiskinan. Ia hanya ilusi ibarat sebuah fatamorgana,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bermula semalam, tiada lagi premis perjudiaan dan loteri beroperasi di negeri Kedah selepas kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen aktiviti itu.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihaknya juga mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melakukan pemantauan bagi memastikan semua premis perjudian mematuhi arahan yang dimuktamadkan sejak November lalu.



Mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah, Ahmad berkata dasar yang tegas perlu dilaksanakan kerana kegiatan judi membawa kepada keruntuhan moral serta mengganggu keharmonian keluarga dan masyarakat.

“Satu pintu kerosakan ditutup, jutaan pintu keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah dibuka,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]



InsyaAllah, Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat’ – Syamsul Yusof

Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker