Tol percuma DASH sehingga 30 Nov

Tol percuma DASH sehingga 30 Nov

DENAI ALAM: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tol percuma di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bermula esok hingga 30 Nov.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap merasmikan lebuh raya yang menelan belanja RM4.2 billion itu.



DASH, sejauh 20.1km, dijangka mampu mengurangkan masa perjalanan dari Puncak Perdana, Shah Alam ke Penchala, Kuala Lumpur daripada 90 minit ke 30 minit.

Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas sekitar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) menuju ke Puncak Alam.

Kesesakan di Persiaran Mokhtar Dahari dapat dikurangkan sehingga 39 peratus, manakala Jalan Sungai Buloh sebanyak 33 peratus dan Persiaran Surian sebanyak 43 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), Datuk Mohammad Azlan Abdullah, berkata Lebuhraya Bertingkat DASH sudah siap sepenuhnya.



Tol percuma DASH sehingga 30 Nov


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung



Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker