Aminuddin ganti Anwar Ibrahim?l
Aminuddin ganti Anwar Ibrahim?
SEREMBAN: Menteri Besar, Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dikatakan bakal dipertaruhkan PKR bagi mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson disandang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia berikutan Anwar masih belum membuat keputusan kawasan mana bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat ketika ditanya perkara itu bagaimanapun enggan mengesah atau menafikannya.
“Saya tak tahu, Aminuddin Harun ke… tak pasti. Majlis Presiden PH (Pakatan Harapan) akan buat pengumuman,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO negeri, hari ini.
Sebelum ini, Anwar yang juga Presiden PKR merangkap Pengerusi PH membayangkan untuk memberi laluan kepada calon lain mewakili parti berkenaan untuk bertanding kerusi disandangnya.
Sementara itu, kerusi Parlimen Kuala Pilah dijangka menyaksikan persaingan tiga penjuru atau lebih pada PRU15 dengan tiga blok utama dilapor bakal berebut, iaitu PH menerusi PKR, Barisan Nasional (BN) melalui UMNO dan Perikatan Nasional (PN) menerusi BERSATU.
Kerusi berkenaan disandang bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Eddin Syazlee Shith mewakili BERSATU.
Aminuddin mengesahkan PKR ditawarkan bertanding kerusi Parlimen Kuala Pilah pada PRU15.
“Sebelum ini kerusi itu dimenangi BERSATU dan selepas ini PH (PKR). Kita sudah selesai (pembahagian kerusi di Negeri Sembilan), tunggu pengumuman, insya-Allah. Majlis Presiden akan umumkan senarai calon.
“Saya rasa (senarai calon) akan diumumkan dalam masa terdekat dan mungkin keluar awal,” katanya.
Kuala Pilah adalah kerusi tradisi UMNO dengan kali terakhir diwakili Ahli Parlimennya, Datuk Seri Hasan Malek, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang tewas kepada Eddin Syazlee pada PRU14, dengan majoriti 200 undi. BH
Aminuddin ganti Anwar Ibrahim?
Baca Artikel Menarik:
- Ucapan Zahid rujuk kepada politik balas dendam PH
- Pemandu Honda himpit kereta depan elak bayar tol (Video)
- Masalah utama dihadapi ekonomi negara sejak PRU14 – Najib Razak
- Kerjasama Pas-UMNO sukar kerana Bersatu – Zuhdi
- Mastura mungkin sukar dicalonkan di Parlimen Kuala Kangsar
- Muhyiddin cuba aib Ismail – Zahid
- Musuh BN Lempar Masalah, BN Mangsa
- Mahathir bertanding lagi kerana gagal lahirkan pengganti
- Hanya kerajaan stabil dapat pulih kesan dasar buruk Mahathir – pengurus dana
- Muhyiddin gembira UMNO tak bersama PAS
- BN miliki kelebihan jika DUN tidak dibubar serentak Parlimen
- Muhyiddin, menteri PN punca perpecahan dalam kerajaan – Ismail
- Hasnul Zulkarnain umum tidak bertanding, mahu tebus kesilapan menjadi ‘katak politik’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET