Aliff Syukri didakwa bersabit kes video bersifat sumbang
Aliff Syukri didakwa bersabit kes video bersifat sumbang
SEPANG: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas empat pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang pada April lalu.
Aliff Syukri yang juga orang kena saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil, dan meminta dibicarakan.
Mengikut pertuduhan, beliau didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April lalu, yang dilihat pada 24 April di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Cyberjaya.
Aliff Syukri didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan. BH
Aliff Syukri didakwa bersabit kes video bersifat sumbang
Baca Artikel Menarik:
- Ucapan Zahid rujuk kepada politik balas dendam PH
- Pemandu Honda himpit kereta depan elak bayar tol (Video)
- Masalah utama dihadapi ekonomi negara sejak PRU14 – Najib Razak
- Kerjasama Pas-UMNO sukar kerana Bersatu – Zuhdi
- Mastura mungkin sukar dicalonkan di Parlimen Kuala Kangsar
- Muhyiddin cuba aib Ismail – Zahid
- Musuh BN Lempar Masalah, BN Mangsa
- Mahathir bertanding lagi kerana gagal lahirkan pengganti
- Hanya kerajaan stabil dapat pulih kesan dasar buruk Mahathir – pengurus dana
- Muhyiddin gembira UMNO tak bersama PAS
- BN miliki kelebihan jika DUN tidak dibubar serentak Parlimen
- Muhyiddin, menteri PN punca perpecahan dalam kerajaan – Ismail
- Hasnul Zulkarnain umum tidak bertanding, mahu tebus kesilapan menjadi ‘katak politik’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN