Arab Saudi benarkan wanita tunai ibadah haji dan umrah tanpa mahram

Arab Saudi benarkan wanita tunai ibadah haji dan umrah tanpa mahram

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa wanita kini dibenarkan mengerjakan ibadah haji dan umrah tanpa penjaga lelaki atau mahram.

Lapor Arab News, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kedutaan Arab Saudi di Kaherah, Mesir, semalam.



Penasihat Perkhidmatan Haji dan Umrah Arab Saudi, Ahmed Saleh Halabi berkata wanita yang menunaikan umrah atau haji tanpa mahram perlu ditemani bersama wanita atau pihak lain.

Halabi berkata keputusan ini sesuai dengan fatwa penyeliaan Alazhar AlSharif di Mesir, Abbas Shoman, Mac lalu.

Terdahulu, Kementerian Haji dan Umrah Saudi mengumumkan membenarkan kaum wanita menunaikan umrah tanpa mahram pada Mac lalu.

Bekas penasihat Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Faten Ibrahim Hussein berkata keputusan itu memudahkan wanita yang bergelut mencari mahram di tengah-tengah pelbagai kekangan.



Di samping itu, Arab Saudi juga telah melakukan pelbagai usaha lain untuk memudahkan haji dan umrah secara keseluruhan termasuk dengan menggunakan teknologi moden.

Dalam masa sama, Arab Saudi dilaporkan menyediakan platform Nusk yang boleh memudahkan orang ramai mendaftar haji sekaligus membolehkan jemaah memohon visa umrah melalui platform dalam masa yang singkat dan boleh diperolehi dalam tempoh 24 jam. Aw

Arab Saudi benarkan wanita tunai ibadah haji dan umrah tanpa mahram


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN



Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker