UMNO tak gila, Shaiful jawab Sanusi
UMNO tak gila, Shaiful jawab Sanusi
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu diadakan segera agar sebuah kerajaan yang kuat, stabil dan berpengalaman untuk memulihkan ekonomi negara secepat mungkin.
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pada masa yang sama, tembok yang utuh perlu dibina bagi menghadapi tsunami krisis yang akan datang.
Sambil menyindir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, beliau memberitahu, BN juga ingin membentuk sebuah kerajaan yang fokus, tenang dan tidak mencari gaduh demi menaikkan rating ‘murahan’.
“Menteri Besar Kedah baru-baru ni buat kenyataan, hanya ‘orang gila’ saja yang nak buat pilihan raya masa banjir. Cuma jawapan saya kami tidak gila, kami amat rasional, kami mengambil kira maslahah dan suasana ekonomi yang bakal menekan rakyat justeru memberi kesan kepada kenaikan kos sara hidup rakyat.
“Malah beliau menekankan bahawa Kedah tidak akan bubar Dewan Undangan Negeri (DUN). Pendirian BN Kedah kami akur dan faham tindakan Menteri Besar dan Pas ingin terus berkuasa melindungi ‘katak-katak’ politik yang ingin terus menikmati kuasa tanpa melihat krisis yang bakal melanda dunia dan negara,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.
Shaiful Hazizy mengulas ucapan Muhammad Sanusi seperti dalam rakaman video yang tular di media sosial di mana Menteri Besar Kedah itu menyifatkan mereka yang mendesak PRU-15 diadakan pada masa terdekat sebagai ‘orang gila’.
Beliau turut memberi beberapa fakta yang bebas daripada ’emosi dan gelaran-gelaran yang tidak elok’.
Shaiful Hazizy berkata, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah memberi amaran bahawa prospek ekonomi global akan menjadi gelap dengan ketara bermula akhir Disember ini sehingga sepanjang tahun 2023 dan ia perlu diberi perhatian sewajarnya.
Menurut beliau, hal ini dibuktikan dengan kajian IMF yang mendapati Indeks Kebimbangan Pelabur turut meningkat kepada 31 mata pada April lalu berbanding purata 18 mata.
“Lebih membimbangkan, IMF turut menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi dunia tahun ini buat kali ketiga dan pakar ekonomi IMF dilapor mahu memuktamadkan angka baharu dalam masa terdekat (semakan pertama pada kadar pertumbuhan 4.4 peratus dan semakan kedua pada kadar pertumbuhan 3.6 peratus).
Selain itu, Shaiful Hazizy menambah, pakar ekonomi dunia, Jan Hatzius pada awal tahun ini telah menjangkakan sepanjang 2023 dan 2024, Amerika Syarikat (AS)berkemungkinan besar akan mengalami kemelesetan ekonomi sebanyak 35 peratus dan situasi ini amat meresahkan.
“Mana tidaknya, salah satu kebergantungan ekonomi dunia adalah pada keadaan semasa ekonomi AS,” jelasnya.
Kata beliau lagi, Federal National Mortgage Association turut meramalkan perkara yang sama dengan jangkaan pengucupan ekonomi mencatatkan sehingga paras -0.4 peratus menjelang 2023 dan sepanjang tahun yang sama.
“Walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) telah menjalankan beberapa langkah fiskal dengan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) bagi mengurangkan impak inflasi ke atas negara, namun kemelesetan ekonomi global yang bakal melanda tidak boleh didiamkan sahaja,” jelasnya.
Sehubungan itu, Shaiful Hazizy berkata, Malaysia amat memerlukan sebuah kerajaan yang bukan sahaja stabil dan kukuh tetapi tangkas serta cepat bertindak dalam merangka dasar negara mendepani situasi buruk yang bakal berlaku ini.
Menurut beliau, semua pihak perlu akur, keadaan politik negara walaupun kini ditadbir oleh kerajaan perkongsian BN-PN, ia masih berjalan sendiri-sendiri mengikut agenda dan fahaman setiap indidvidu dan parti.
Malah, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dihormati malah diserang dan cuba dilemahkan anggota pentadbiran daripada parti lain dalam kerajaan sendiri.
“Dengan kadar segera, mandat perlu diberikan kepada rakyat dan pilihan raya perlu diadakan secepatnya demi memastikan kerajaan yang baharu dipilih ini mampu menjalankan tanggungjawab dalam mengurangkan impak ekonomi negara akibat kemelesetan ekonomi dunia yang diramal berlaku seawal Januari 2023.
“Benar, kerajaan masih ada masa sehingga Julai 2023 untuk melakukan pilihanraya. Namun besar impak negatifnya jika PRU-15 dilakukan dalam keadaan negara dan dunia berada dalam keadaan kemelesetan ekonomi yang ketara,” katanya.
Shaiful Hazizy turut mempersoalkan sama ada kerajaan yang baru dibentuk dalam situasi kemelesetan ekonomi dunia mampu menjamin ia dapat bertindak cepat menyelamatkan negara dari bencana ekonomi yang lebih parah seandainya pilihan raya diadakan pada pertengahan tahun depan.
“Jawapannya sudah pasti tidak. Ibarat sudah lemas baru hendak berfikir di mana boyanya, para pelabur juga akan terus angkat kaki kerana ketidaktentuan politik Malaysia yang terus akan meranapkan ekonomi negara.
“Justeru, atas dasar persediaan bagi menghadapi kemelesetan ekonomi dunia ini serta memberi ruang sewajarnya kepada kerajaan baharu menggariskan dasar fiskal utama negara dalam mendepani kemelesetan ekonomi yang bakal bermula akhir Disember ini,” jelasnya.
Beliau menambah, UMNO bukan zalim sehingga tergamak menyusahkan rakyat dan atas sebab itu, parti itu mahu Parlimen dibubarkan segera agar PRU-15 dapat dilaksanakan sebelum kemuncak musim banjir pada hujung bulan depan. MG
UMNO tak gila, Shaiful jawab Sanusi
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.