Pembaharuan undang-undang terbantut jika Parlimen bubar awal
Pembaharuan undang-undang terbantut jika Parlimen bubar awal
Proses pembaharuan undang-undang negara dikhuatiri akan terbantut sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum rang undang-undang berkaitan sempat dibentang, dibahas dan diluluskan.
Pegawai Khas Perdana Menteri, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, seperti yang dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu majlis di Putrajaya baru-baru ini, antara RUU yang bakal dibentang dalam sidang Dewan Rakyat kali ini adalah berkaitan pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah berkaitan peruntukan Anti-Menghendap (Anti Stalking) serta pindaan pelbagai undang-undang berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori.
Menurut beliau, antara RUU yang belum mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri adalah peruntukan yang berkaitan dengan RUU Perkhidmatan Parlimen, Larangan Ahli Dewan Negara Bertukar Parti, Pengehadan Tempoh Perdana Menteri dan Pindaan Berkaitan Isu Pelancongan Dalam Senarai Persekutuan.
“Satu pindaan Perlembagaan berkaitan Transformasi Parlimen juga dijangka akan dibentangkan pada 29 November di mana ia memerlukan sokongan dua pertiga daripada Ahli Parlimen iaitu bersamaan dengan tidak kurang 148 undi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamarul Zaman mengulas tentang ucapan Wan Junaidi pada majlis pra-sidang Dewan Rakyat untuk ahli-ahli Parlimen kerajaan di Putrajaya baru-baru ini.
Beliau menambah, secara keseluruhan, dalam sidang Dewan Rakyat kali ini, terdapat sembilan RUU yang telah selesai dibuat bacaan kali pertama dan sedia untuk dibuat bacaan seterusnya.
Selain itu, katanya, terdapat 13 RUU yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri setakat ini dan sedia untuk dibentangkan di Parlimen manakala lapan 8 RUU bakal dibentangkan untuk bacaan kali pertama dan sehingga kini masih belum mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri.
“Alangkah baiknya jika semua RUU ini sempat disedia, dibentang, dibahas dan diluluskan dalam sidang yang masih berbaki ini, sekaligus membolehkan pentadbiran Keluarga Malaysia dilihat paling efisien dari sudut pembaharuan undang-undang negara,” jelasnya.
Namun, kata Kamarul Zaman, jika ia tidak sempat dilaksanakan dan Parlimen dibubarkan dalam waktu terdekat, rekod cemerlang Wan Junaidi dan Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Sabri Yaakob dengan dibantu oleh Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, tetap akan terpahat di mana banyak lonjakan besar dalam undang-undang negara berjaya dilaksanakan dalam tempoh singkat.
“Komitmen Ismail Sabri selaku orang parti telah terzahir, ordinan dan proklamasi darurat bagi menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi dan Gerik serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya telah dibawa dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 6 Oktober,” katanya. MG
Pembaharuan undang-undang terbantut jika Parlimen bubar awal
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati
Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip