Bajet 2023: Shahril tunjuk ‘kebodohan’ Wong Chen

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menyifatkan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen sengaja memutar belit isu pengurangan subsidi yang didakwa akan menjejaskan pendapatan per kapita rakyat tahun depan.

Menurut Shahril, data kerajaan yang mengunjurkan pengurangan pendapatan per kapita bagi tahun depan adalah disebabkan oleh pertumbuhan penduduk, tiada kaitan dengan pengurangan perbelanjaan untuk subsidi.

“Pendapatan per kapita secara mudah ialah jumlah pendapatan dibahagikan dengan jumlah penduduk.

“Pendapatan negara diunjurkan meningkat 6.2 peratus, jadi satu-satunya cara pendapatan per kapita diunjurkan turun adalah kerana pertumbuhan penduduk lebih tinggi daripada 6.2 peratus. Tiada kena mengena dengan siapa dapat apa.

“Benda asas, Wong Chen tahu tapi sengaja nak bakar konon subsidi kurang sampai pendapatan perkapita jatuh,” kata Shahril dalam ciapan di Twitternya.

Selepas Bajet 2023 dibentangkan di parlimen semalam, Wong Chen berkata kerajaan mengurangkan perbelanjaan untuk kebajikan dan subsidi walaupun pelbagai ‘goodies’atau gula-gula diumumkan.

Jelasnya, kerajaan mengurangkan perbelanjaan untuk subsidi dan bantuan sosial daripada RM58.9 bilion tahun ini kepada RM42 bilion tahun depan, iaitu pengurangan sebanyak RM16.9 bilion.

Dia menyifatkannya sebagai “bajet untuk orang kaya”, merujuk kepada RM94 bilion yang diperuntukkan untuk projek kerajaan tahun depan.

Katanya, tidak ada kesan “trickle-down” daripada projek-projek itu, sambil merujuk kepada unjuran pendapatan per kapita kerajaan untuk tahun depan, yang dijangka berkurangan sebanyak 1.2 peratus daripada RM50,314 kepada RM49,717.

Dalam tweetnya hari ini, Shahril berkata peruntukan subsidi tahun depan dikurangkan berikutan ramalan kejatuhan harga komoditi.

“Tapi kalau nak jadi jaguh subsidi, tengok dulu peruntukan Bajet PH 2019 dan 2020. Tinggi?,” katanya melampirkan tangkap layar teks ucapan Bajet 2020.

Dalam tangkap layar ucapan itu menyatakan bahawa subsidi dinaikkan kepada RM24.2 bilion.

Shahril turut melahirkan rasa terkejut apabila PH dilihat mahukan perbelanjaan yang lebih rendah untuk perbelanjaan pembangunan dan peningkatan dalam perbelanjaan mengurus.

“Kalau perbelanjaan pembangunan rendah diorang kata tak membangun negara pula. Perbelanjaan pembangunan tinggi kata kontraktor je untung.

“(Jika) belanja mengurus rendah kata subsidi tak cukup. Belanja mengurus tinggi dia serang gaji menteri/penjawat awam,” tulisnya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker