12 menteri bantah PRU15: Kerajaan masih sah, saya masih PM – Ismail
12 menteri bantah PRU15: Kerajaan masih sah, saya masih PM – Ismail
Keabsahan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak terjejas walaupun 12 anggota Kabinet mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan pendirian tidak bersetuju pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.
Ismail menegaskan, tindakan 12 menteri Bersatu termasuk PAS itu tidak menjejaskan keutuhan kerajaan kerana sokongan kepada seseorang perdana menteri adalah tertakluk pada majoriti sokongan ahli Dewan Rakyat dan bukan anggota Kabinet.
Katanya, tidak timbul isu keabsahan kerajaan tergugat disebabkan surat berkenaan, sebaliknya perkara itu hanya dibangkitkan pihak yang “tidak memahami undang-undang” hingga menimbulkan kekeliruan.
“Sokongan tu adalah sokongan ahli Dewan Rakyat, kalau mereka tarik diri dan kurang daripada 112 ‘simple majority’ (majoriti mudah) maksudnya kerajaan tumbang seperti yang berlaku pada Muhyiddin Yassin sebab itu seluruh Kabinet terpaksa meletakkan jawatan keseluruhan.
“Tapi kalau sokongan pada ahli dewan masih kekal, tak ada perubahan, tak ada isu mengatakan kerajaan tumbang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis sambutan Maulidur Rasul di WTC Kuala Lumpur.
Ismail berkata demikian ketika ditanya tindakan pihak mempersoalkan keabsahannya selaku perdana menteri selepas 12 menteri Perikatan Nasional (PN) mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, minggu lalu.
Pada 7 Okt, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menyifatkan tindakan itu sebenarnya turut memberi gambaran sokongan kepada Ismail sebagai perdana menteri semakin berkurangan dalam kalangan anggota Kabinet.
Mengulas lanjut, Ismail berkata, 12 menteri berkenaan hanya menulis surat dan tidak memaklumkan untuk meletakkan jawatan.
“Kalau menteri Kabinet letak jawatan sekali pun, Kabinet tetap berfungsi, kerajaan masih berfungsi, kita lantik menteri baru ganti menteri letak jawatan,” katanya.
PN yang sebelum ini tidak menyokong pembubaran Parlimen tahun ini, berkata tindakan mereka tidak boleh ditafsir sebagai menarik sokongan kepada Ismail
Setiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin, berkata isu pembubaran Parlimen dengan menyokong Ismail adalah “adalah bab berbeza”. FMT
12 menteri bantah PRU15: Kerajaan masih sah, saya masih PM – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.