Bapa Nabil meninggal dunia akibat komplikasi jantung

Bapa Nabil meninggal dunia akibat komplikasi jantung

Bapa pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad iaitu Ahmad Ismail, 71, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang, Selangor, jam 2.30 petang tadi akibat komplikasi jantung.

Berita pemergian bapa pengacara program Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan itu dimaklumkan oleh pengurus Nabil, Latip Ahmad.



Latip berkata, arwah dimasukkan ke Hospital Serdang sejak seminggu lalu untuk menjalani rawatan.

“Jenazah dibawa ke Masjid Kariah Mambau, Negeri Sembilan untuk disolatkan, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Garam, Mambau selepas Isyak,” katanya.

Berita duka itu turut dikongsi di Instagram rasmi radio Era yang mengucapkan salam takziah buat Nabil dan keluarganya atas pemergian ayah tercinta.

Kehilangan itu turut dirasai teman artis seperti Che Puan Sarimah Ibrahim, Elly Mazlein, Datuk Aznil Nawawi, Liza Abdullah dan Zarina Zainuddin yang turut berkongsi kesedihan mereka dalam catatan pada hantaran yang dimuat naik penyampai radio dan pengacara, Sharifah Shahirah.



Sementara itu, Nabil menerusi hantaran di Instagram Story, malam tadi berkongsi majlis bacaan Yassin dan doa selamat bersama kariah Masjid Kariah Mambau bagi mendoakan kesejahteraan serta kesembuhan bapanya. Utusan

Bapa Nabil meninggal dunia akibat komplikasi jantung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker