Bajet 2023 ulangi tahun 1999 jika Parlimen bubar – Tengku Zafrul
Bajet 2023 ulangi tahun 1999 jika Parlimen bubar – Tengku Zafrul
Bajet 2023 akan mengulangi insiden yang berlaku pada 1999 jika Parlimen dibubarkan selepas ini yang mana Rang Undang-Undang tidak diluluskan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, semua prosedur Bajet 2023 itu akan dirujuk kembali pada tahun tersebut kerana kerajaan pernah berdepan situasi sama sebelum ini.
“Soalan itu sepatutnya ditanya kepada Perdana Menteri namun ia pernah berlaku sebelum ini pada tahun 1999 dan kita akan imbas balik pada tahun itu.
“Ketika itu bajet telah dibentang dan Parlimen dibubarkan selepas itu di mana bajet pada tahun 1999 dibentang semula,” katanya pada sidang media selepas membentangkan Bajet 2023 di Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau ditanya apa yang yang berlaku dengan Bajet 2023 sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat ini.
Bajet 2000 dibentangkan pada 29 Oktober 1999 dan Parlimen dibubarkan pada 11 November 1999 dan PRU10 diadakan pada 29 November 1999. MG
Bajet 2023 ulangi tahun 1999 jika Parlimen bubar – Tengku Zafrul
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.