Korea Utara lancar 2 peluru berpandu, tuduh AS penyebab ketegangan
SEOUL – Korea Utara melancarkan dua lagi peluru berpandu balistik jarak dekat ke perairan timur Semenanjung Korea awal hari ini, kata Ketua Staf Bersama Korea Selatan dalam tindakan yang meningkatkan lagi ketegangan di rantau tersebut.
Menurut stesen penyiaran CNN, pelancaran misil itu dilakukan dari kawasan Samsok, Pyongyang. Kenyataan Seoul menyebut bahawa pelancaran itu adalah yang keenam oleh Korea Utara sejak dua minggu lalu.
“Korea Utara melancarkan apa yang disyaki sebagai peluru berpandu balistik,” demikian menurut kenyataan akaun Twitter rasmi milik Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.
Menurut beberapa pegawai kerajaan, misil itu jatuh di luar Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Jepun.
Kelmarin (Selasa), Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik tanpa sebarang amaran ke arah Jepun. Pelancaran seumpamanya adalah yang pertama dalam tempoh lima tahun, mendorong Tokyo mengeluarkan amaran supaya penduduk mencari tempat berlindung.
Susulan aktiviti ketenteraan Pyongyang, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) bertindak balas dengan melancarkan peluru berpandu dan mengadakan latihan tentera bersama di Semenanjung Korea pada kelmarin dan semalam.
Bercakap semasa lawatan ke Amerika Selatan semalam, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata, Korea Utara akan terus dikecam dan dipencilkan oleh dunia jika berterusan melakukan provokasi.
Pada bulan lalu, tentera laut AS, Jepun dan Korea Selatan menjalankan latihan antikapal selam bersama di perairan antarabangsa di pantai timur Semenanjung Korea bagi meningkatkan keupayaan menangkis ancaman kapal selam Korea Utara.
Pyongyang menuduh AS menjadi punca peningkatan ketegangan di Semenanjung Korea, manakala pelancaran misilnya adalah langkah tindak balas. – AFP
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS Terengganu buat pusingan U, mahu suburkan kembali MN
- Ahli perniagaan diculik di Ampang dipercayai akibat hutang [VIDEO]
- Firdaus Wong terima gambar, tangkap layar lucah dari Akhi Fairuz
- Pemimpin DAP berbalah, Guan Eng ‘sound’ Ronnie Liu
- Datuk Bandar Shah Alam ditahan kes tender tebatan banjir: SPRM
- PAS bersedia hadapi PRU tanpa BN-UMNO
- Pensyarah ’lucah’ dipecat, doa saya termakbul – bekas siswi
- PM ‘caretaker’ BN gusarkan PH
- InsyaAllah PRU sebelum banjir – Zahid
- Pengantin perempuan dirasuk ketika bersanding (Video)
- PAS dengan BN kata lain, dengan PN kata lain
- Bintang filem lucah UK takut mahu berlakon ekoran penularan penyakit sifilis di Eropah
- Ejen kosmetik diculik berjaya diselamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee