Serangan kejam Pengganas Israel terhadap Ambulan di Gaza korbankan 15 nyawa dan 60 cedera

Sekurang-kurang 15 maut dan 60 lagi cedera akibat serangan udara dilancarkan Israel ke atas ambulans yang membawa pesakit dari utara Gaza, semalam, menurut Kementerian Kesihatan.

Tentera Israel mendakwa pihaknya mengenal pasti serta menyerang sebuah ambulans yang digunakan pejuang Hamas, malah menuduh kumpulan itu membawa pejuang dan senjata menggunakan ambulans.

Pegawai Hamas, Izzat El Reshiq bagaimanapun menegaskan tuduhan itu ‘tidak berasas’, manakala jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf al-Qidra pula memaklumkan ambulans terbabit adalah sebahagian daripada konvoi berhampiran Hospital Al-Shifa di Gaza City dan menjadi sasaran rejim Zionis.

Ashraf mendakwa, Israel telah menyasarkan konvoi ambulans di lebih daripada satu lokasi, termasuk di kawasan pagar Hospital Al-Shifa dan Dataran Ansar yang terletak dalam jarak kira-kira satu kilometer.

Dalam kenyataannya berhubung kejadian itu, tentera rejim Zionis tidak memberikan bukti untuk menyokong tuduhannya yang mengaitkan ambulans terbabit dengan Hamas, sebaliknya sekadar memaklumkan hasrat untuk mengeluarkan maklumat tambahan.

Reuters tidak dapat mengesahkan secara bebas berhubung dakwaan kedua-dua pihak terbabit.

Rakaman video dikongsikan dalam media sosial, yang dapat disahkan Reuters, menunjukkan sejumlah mangsa terbaring berdekatan sebuah ambulans dengan orang ramai bergegas memberikan bantuan.

Satu lagi rakaman video pula menunjukkan tiga ambulans terhenti sederet, dengan sejumlah orang dilihat terbaring kaku berhampirannya. Darah turut dilihat berlimpah di lokasi kejadian.

Terdahulu semalam, Ashraf berkata, rakyat Palestin yang berada dalam keadaan kritikal akibat kecederaan parah dan perlu dihantar segera ke Mesir untuk mendapatkan rawatan, akan dibawa ambulans dari Gaza City yang dikepung rejim Zionis ke bahagian selatan.

Israel telah mengarahkan semua orang awam untuk meninggalkan utara Gaza dan berpindah ke bahagian selatan. Bagaimanapun, serangan berterusan oleh tentera rejim Zionis menyaksikan bahagian selatan semenanjung itu turut dibedil bertalu-talu. Tentera Israel juga telah melakukan kepungan sepenuhnya.

Hamas dan pihak berkuasa Hospital Al-Shifa menafikan tuduhan Israel bahawa fasiliti itu digunakan sebagai pangkalan pejuang kumpulan berkenaan.

Sementara itu, AFP pula melaporkan sekurang-kurang 20 orang terbunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan yang ‘menyasarkan’ sebuah sekolah di utara Gaza, menurut Kementerian Kesihatan, awal pagi tadi.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, mangsa dibawa ke Hospital Al-Shifa selepas tentera rejim Zionis membedil sekolah terbabit yang kini menempatkan penduduk hilang tempat tinggal di kawasan al-Saftawy di utara Gaza.

“Beberapa peluru mortar dibedil pada sekolah itu yang memang menjadi sasaran,” katanya. – AGENSI

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker