Bung Moktar sahkan BN dan GRS akan bekerjasama sebagai satu pasukan dalam PRU-15

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersiap sedia untuk bekerjasama sebagai satu pasukan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.

Menurut beliau, kepimpinan kedua-dua pihak sedang memperkemaskan formula perkongsian kerusi bagi 25 kawasan Parlimen di Sabah.

“Rundingan belum selesai, tetapi semua berjalan lancar. Pengumuman mengenai agihan kerusi akan diumumkan apabila tiba masanya kelak,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, memetik laporan The Star hari ini, Setiausaha GRS, Datuk Seri Masidi Manjun turut senada dengan Bung berkaitan persetujuan kerjasama menjelang hari keramat itu nanti.

Masidi berkata, kedua-dua pihak bersetuju dan sedang memuktamadkan urusan perkongsian kerusi bagi memastikan kemenangan bagi setiap calon yang ditampilkan.

Perkara ini sekali gus menamatkan tanda tanya khususnya berkenaan pertembungan kerusi antara calon BN dan GRS pada PRU15 kelak.

Terdahulu, cakap-cakap mengenai pertembungan kedua-dua gabungan itu dalam PRU15 semakin hangat selepas melihat kepada pertembungan UMNO dan Bersatu di peringkat nasional.

BN merangkumi komponen UMNO, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), MCA dan MIC.
Manakala, GRS merangkumi komponen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bersatu Sabah (PBS), parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Kerjasama BN dan GRS dijangka mengukuhkan lagi dua gabungan berkenaan dalam berhadapan parti pembangkang, Warisan yang diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Pakatan Harapan (PH) Sabah.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, Warisan dan PH berjaya memenangi 14 kerusi manakala BN Sabah hanya memenangi 10 kerusi, sementara parti STAR pula mendapat satu kerusi Parlimen.

Ketika ini, Warisan memegang tujuh kerusi parlimen, BN (3), GRS (8), PH (5), PBM (1).

Kerusi bagi Parlimen Batu Sapi pula masih belum diisi selepas kematian Datuk VK Liew dari Warisan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker