Bekas ADUN Behrang Mahu Tanding Bebas Di Parlimen Tanjung Malim Di PRU 15
Bekas ADUN Behrang Mahu Tanding Bebas Di Parlimen Tanjung Malim Di PRU 15
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Datuk Jamaluddin Mohd Radzi mengumumkan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Tanjung Malim pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Bekas ahli PKR itu berkata, keputusan kembali ke dunia politik selepas kira-kira sembilan tahun bergerak tanpa menyertai parti politik, kerana ingin menyambung khidmat kepada rakyat.
“Setiap kali saya bertemu orang ramai di tempat awam, kebanyakan mereka meminta saya kembali dalam politik dan bertanding pilihan raya, membuatkan saya terpanggil untuk kembali dalam dunia politik.
“Apabila rakyat sukakan kita, adalah rugi jika tidak mengambil peluang ini dalam keadaan tiada parti yang mempunyai dua pertiga untuk memerintah negara,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.
Jamaluddin pernah menjadi Exco Perak selepas Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR, DAP dan Pas menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Perak pada PRU12.
Bagaimanapun, kerajaan PR Perak yang tertubuh ekoran tsunami politik itu hanya mampu bertahan selama 11 bulan apabila empat ADUN keluar daripada Pakatan.
Mereka termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang kembali menyertai UMNO selepas keluar untuk menyertai PKR.
Tiga yang lain pula bertindak keluar parti masing-masing untuk menjadi wakil rakyat bebas tetapi menyokong BN.
Mereka ialah Jamaluddin sendiri, Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).
Jamaluddin berkata, berdasarkan situasi semasa, beliau melihat persefahaman parti lain yang bakal bertanding pada PRU15 juga tidak mempunyai kekuatan.
Katanya, sekali gus membuka ruang untuk beliau kembali bertanding pada PRU.
Tambahan pula, beliau berpendapat, pada PRU15, pengundi akan melihat kepada calon yang boleh memberi khidmat, bukan parti yang diwakili.
Beliau mendakwa masih mempunyai kekuatan dan sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang kerana antara ketiga-tiga DUN di Parlimen itu, DUN Behrang mempunyai pengundi yang ramai.
Menurutnya, sebagai persiapan awal, beliau telah membuka pusat khidmat di Taman Slim Mutiara, sejak Jun lalu.
Mengenai kemungkinan lawan akan menggunakan isu beliau melompat parti menyebabkan kerajaan PR tumbang pada 2009, Jamaluddin berkata, beliau akan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku. AA
Bekas ADUN Behrang Mahu Tanding Bebas Di Parlimen Tanjung Malim Di PRU 15
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS Terengganu buat pusingan U, mahu suburkan kembali MN
- Ahli perniagaan diculik di Ampang dipercayai akibat hutang [VIDEO]
- Firdaus Wong terima gambar, tangkap layar lucah dari Akhi Fairuz
- Pemimpin DAP berbalah, Guan Eng ‘sound’ Ronnie Liu
- Datuk Bandar Shah Alam ditahan kes tender tebatan banjir: SPRM
- PAS bersedia hadapi PRU tanpa BN-UMNO
- Pensyarah ’lucah’ dipecat, doa saya termakbul – bekas siswi
- PM ‘caretaker’ BN gusarkan PH
- InsyaAllah PRU sebelum banjir – Zahid
- Pengantin perempuan dirasuk ketika bersanding (Video)
- PAS dengan BN kata lain, dengan PN kata lain
- Bintang filem lucah UK takut mahu berlakon ekoran penularan penyakit sifilis di Eropah
- Ejen kosmetik diculik berjaya diselamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.