Kebakaran Jakel Shah Alam : Henti Spekulasi, Hormati Mereka Terkesan – Polis

"Jangan bergembira atas kesedihan orang lain, atau sewenang-wenangnya membuat sebarang dakwaan yang tidak sahih sedangkan kita tidak tahu punca sebenar,"

Kebakaran Jakel Shah Alam : Henti Spekulasi, Hormati Mereka Terkesan – Polis

Hormati individu kerugian jutaan ringgit dan mereka yang kehilangan sumber pendapatan, itu ingatan polis berkaitan pelbagai spekulasi berlegar di media sosial berkaitan kebakaran di Wisma Jakel Seksyen 7 di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, setakat ini polis belum menerima sebarang laporan berkaitan beberapa hantaran di media sosial yang mendakwa kejadian kebakaran tersebut disengajakan.



“Jangan bergembira atas kesedihan orang lain, atau sewenang-wenangnya membuat sebarang dakwaan yang tidak sahih sedangkan kita tidak tahu punca sebenar,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Katanya, dakwaan sebegini boleh dikenakan tindakan undang-undang yang tegas.

“Memang boleh kena tindakan undang-undang, jika laporan bomba sebaliknya, pihak pemilik boleh ambil tindakan sivil atau saman malu.

“Kes masih dalam siasatan pihak bomba, dan setakat ini punca kejadian masih belum diketahui.



“Saya mohon kepada masyarakat agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau andaian berkaitan perkara ini,” katanya.

Pada Ahad, Wisma Jakel yang menempatkan gedung jualan pakaian dan stor barangan terbakar dalam kejadian sekitar 7 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 7.08 pagi.

Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota serta aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian. –Sinar Harian



Kebakaran Jakel Shah Alam : Henti Spekulasi, Hormati Mereka Terkesan – Polis

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker